i love my life
The things gonna be alright , I knew :)
Sunday, July 15, 2012 @ 10:54 AM |

Don't tell them to be with you 24/7, it won't happen. Appreciate and tell them you're glad they are there to support you, always.

Love someone because of Allah, Allah will make it last for ever. Leave someone because of Allah, Allah will give you someone much better.

There can be one person you can count on for a lifetime,and it can be the same person who's been standing beside you all along

Kenapa saya selalu lawan apa yg awak cakap ?

Sebab saya tahu sy betul , sy ade perasaan dan saya juga ada hati . Saya bukan hidup untuk dengar cakap orang . Sy bukan hidup atas arahan orang lain yg belum tentu lagi ada hubungan halal dgn sy . Sy masih lagi ada hak untuk buat apa yg sy suka eventhough sy syg awak dan sy tak boleh hidup tanpa awak .Jadi , bila awak suruh sy buat itu dan ini , awk kena faham sy bukan hamba awak untuk buat apa yg dapat puaskan hati awak . Tapi , kalau apa yg awak suruh untuk kebaikan sy , awak boleh cakap baik- baik dan sy ni bukan org yg tak boleh terima pendapat orang lain . Kalau hati sy ni keras , tak boleh terima pendapat org lain , sy takkan pakai tudung . Awak kena faham ,    dalam hidup sy , sy nak buat macam - macam benda . Kalau betul awak faham sy , awak takkan pertikaikan apa yg sy nak buat dalam hidup sy .

Kenapa saya selalu marah - marah tanpa sebab ?

Saya tak marah tanpa sebab . Kalau sy marah mesti ada sebab . Kadang - kadang awak akan bercakap , dan kadang - kadang setiap percakapan awak akan membuat saya terasa . Sy tahu awak bercakap secara tidak sengaja , dan bila sy dah tahu awak tiada niat untuk bercakap begitu seharusnya sy mengerti tapi maaf awak lebih mengerti sy . Sy sensitif dan awak tahu tu . Maka , mengapa tidak awak bercakap lembut- lembut dgn sy bila awak tahu sy terasa ? Kenapa skrg bila sy terasa dan diam , awak mudah meninggi suara ? AWAK yg sy kenal dulu bukan macam tu . AWAK yg saya kenal dulu sgt lembut hatinya . AWAK takkan marah saya walau apa pun sebab dan musababnya . AWAK pergi mana ? Saya rindu awk yg dulu :(

Dah banyak kali sy cakap , sy tak suka org kawal hidup sy . Tapi ? Itu yg kerap awak buat dan sy faham itu kerana awak sayang saya . Saya faham , awak sayang saya sampai awak sendiri tak tahu nak cakap macam mana . Saya pun macam tu . Sy sayang awak sampai sy sanggup tukar itu dan ini dalam hidup sy , sy ubah prinsip sy , sy hilang ramai kawan sy . Awak kena faham , bila sy sanggup hilang kawan - kawan sy , awak sgt bermakna dlm hidup sy . 

Kalau betul awak sayang sy , awak pasti faham dalam setiap apa yg saya cuba katakan . Kalau awak betul syg sy , pasti awak akan mengalah dgn setiap apa yg saya lakukan yg melukakan hati awak tanpa mengukitnya kembali . No matter what , no matter how .

Emir , saya nak awak yg dulu :(

Mungkin kadang - kadang sy macam tak ambil berat pasal awak . Sayang , awak kena tahu awak orang yg paling sy sayang selepas family sy , jadi mana mungkin sy tak ambil berat pasal awak ? Awak tahu bila sy penat , sy sendiri tidak mampu nak buat itu dan ini . Dan bila awak mengadu itu dan ini , sy faham cuma sy tak mampu untuk mengeluarkan suara sy yg saya sangat risau akan awak .

Awak cemburu dan sy tahu tu . Tapi awak kena tahu , sy sayang awak dan sy tak mungkin nak tinggalkan awak dan pergi dekat lelaki lain . Belum tentu sy dapat jumpa lelaki yg macam awak dan sebaik awak . Awak kena faham , dgn berapa ramai lelaki pun sy berkawan , awak tetap satu dekat hati sy yg sy pilih untuk harungi hidup ni bersama . Sebab sy tahu , sy tak boleh hidup tanpa awak . Dan awak pun tak boleh hidup tanpa sy .

Satu je pesan sy untuk awak , mungkin je sy masih lagi milik awak sekarang . Tapi , jgn bila saya betul - betul dah tak tahan dgn hidup yg macam ni dan sya pergi dari hidup awak . Sy masih bertahan di sisi awak , sebab sy tahu saya masih lagi syg awak . Even macam mana pun awak layan sy , sy tetap syg awak dan tak pernah berkurang . Awak kena tahu tu . Jgn sampai orang yg awak sayang pergi dari hidup awak sebab kepuasan hati awak dan awak akan menyesal kemudian hari . Masa tu , awak tak mungkin akan dapat saya balik .

Deeply from my heart . saya betul - betul rindukan awak yg dulu . Emir yang lembut hatinya . Kerana itu saya jatuh cinta padanya .

No matter what , I still love you . Take care , babe <3

New Life , New Journey . Keep in faith ! #Induction and FESKOM

Assalamualaikum .

Fuhh ! Fuhhh !
Bersawang habis blog ni since aku start register study dekat UiTM . Aku takde masa nak buka blog and update sebab seminggu masuk sini dah start dgn MDS , then seminggu lepas tu kena adapt dengan new environment and place . Busy nak uruskan itu dan ini dan sekarang alhamdulilah aku sedang meng-update entry baru :D Jangan nak nafikan kalau ada orang rindu nak baca entry aku . Kan kan ? HAHA

Most of my friends dah tahu yang aku further study kat UiTM Kampus Alor Gajah Melaka , a.k.a UiTM Lendu London . *nak jugak ! HAHA
Dekat sini aku study course Dip in Mass Comm , initial for Diploma in Communication and Media Studies .
Nak dipendekkan cerita , actually aku nak update pasal Induction Faculty . Haaa , the best moment ever ! Like seriously . That induction dah lepas dah , hari sabtu yg lalu . 

Saya baru lepas meng-download gambar induction malam tadi dari seorang senior Mass Comm . Abg Umar :D Hewhew . Tapi saya meng-download byk gambar senior je lah sebab dorang tulang belakang yang menjayakan this Induction .

Abg Hazim Shauqi - NYDP 2 KOMED
Akak Amal Haziqah - NYDP 1 KOMED
Abg Kamarul Ariffin - Bendahari KOMED
Akak Putri Haziqah (PutZ)- Exco P.Awam dan Alumni
Kalau tengok bebetul , akak Putz ni muka dia macam Lisa Surihani . A few of mass comm student akan sebut nama this senior macam ni ,
" PUT with The Zee (Z) at the back ! " HAHA .

Kak Mira Afilla - Exco Seranta
Kak Mira ni jadi emcee for the induction event with abg Ipin .

Abg FooFee - Exco Multimedia dan Montaj 
Abg Foofee ni budak part one dah kenal dia start dari MDS . Some of them memang tak suka sgt dgn Abg Foofee masa MDS , mula - mula je lah tak suka kan ? Sebab dia ni suka ambil gambar org tgh tidur then buat montaj . 

Akak Naffiz - Exco Sukan Rekreasi Dan Kebudayaan
Akak Naffiz ni anak retisssss :D Pelakon Liza Abdullah tu . Yang berlakon dalam Mimi Mencari Cinta kat Astro Ria tu . Hewhew :3

Abg MubinZ - Exco Publisiti dan Media 
We call him same goes with Akak Putz . Mubin with the Zee (Z) at the back !

Exco dan MT KOMED yg lain punya gambar ada yang tak didownload so tak dapat nak diupdate . Maaf ye akak-akak dan abg-abg . Tapi saya masih ingat setiap org daripada anda :)

Then , that Induction got a Flash Mob . Semuanya senior yg involve . Dorang buat persembahan untuk kita org . Dorang menari macam - macam lagu . Aigo ! Saya ada video dorang menari :D Hehe .

#FLASHMOB


Add caption


We have been declared as masscommers !





Kita org dimandikan dengan tepung serta air . Terima Kasih senior ! We all have a good time together :)


BEST MOMENT :D




#FESKOM2012 - Festival Komunikasi 2012




With abang Mubin with The Zee at the back :D

The Induction And FESKOM was the best moment ever to start new life as masscommers !

Mass Comm is my passion . Being a journalist is my dream . Pray for me guys .

This is me . The new me :)

If you can't be positive everything from Allah, 

how can you expect good things come to you?

At least you believe that as long as you be positive and have faith in Him ,you'll be fine.
Things gonna be fine.Back to normal/even much better.



Warkah Untuk Bakal Suami #1
Monday, May 14, 2012 @ 11:41 AM |

Assalamualaikum cinta .

Bakal suami ,
Kalaulah awak tahu suatu masa dahulu saya sangat menunggu awak ,
Kalaulah awak tahu , 
saya tertanya di mana dan siapakah gerangan awak ,
Saya harap , satu hari nanti awak tahu yang saya tak sabar dinikahkan dengan awak .

Saya pernah membayangkan saat awak selesai melafazkan akad nikah ,
Semestinya air mata saya akan mengalir jatuh ,
Awak memandang saya dengan pandangan yang redup ,
Awak bukan lagi bakal suami .
Awak lelaki yang akan menanggung setiap dosa yang saya lakukan selepas bergelar isteri kepada awak ,
Awak penghapus duka saya ,
Awak yang bakal memeluk saya sewaktu saya memerlukan awak .

Sekarang bayangkan , 
Masa berlalu ,
Dan kita dianugerahkan hadiah dari Allah .
Saya menghamilkan cahaya mata awak ,
Hasil perhubungan suci kita ,
Hasil perhubungan kasih sayang serta cinta kita .

9 bulan 10 hari yang indah berlalu ,
Tiba masa saya melahirkan cahaya mata untuk awak ,
Saya takut lalu awak pegang tangan saya ,
" Isteri , sabarlah . Ini untukku "
Suami , saya buat ini untuk awak .

Bakal suami ,
Andaikan saya pergi sewaktu melahirkan cahaya mata untuk awak ,
Boleh sampaikan salam dan sampaikan pesanan isterimu ini kepada anakku itu ,
Beritahunya bahawa ibunya sangat sayangkan dia ,
Beritahunya supaya menjaga ayahnya apabila ibu tiada ,
Beritahunya bahawa apabila berkahwin nanti ,
sayangi pasanganmu itu , jaga dirinya dan berikan sepenuh cinta terhadap jodohmu itu .

Bakal suami ,
apabila saya tiada nanti ,
buka pintu hati awak untuk menerima bidadari lain ,
awak berhak menerima kebahagiaan yang kedua ,
walaupun awak menggantikan saya dengan wanita lain ,
tapi saya tahu kita pernah ada kenangan bersama ,
saya tahu cinta awak pada saya takpernah berubah ,
Boleh saya meminta sesuatu dari awak ?
Doakan saya mendapat kebahagiaan di dunia sana .

Bakal suami ,
Saya disini menunggu awak .
Saya tahu awak lelaki yang akan menjaga keaiban saya ,
Menjaga solat saya ,
Menjaga agama yang diberikan Allah kepada saya ,
Melindungi saya dari anasir jahat ,
Melindungi diri saya sampai kita dipisahkan .
Wahai bakal suami ,
awak jodoh saya yang telah ditulis di Lauh Mahfuz .
Semoga kita bertemu .

Saya tunggu awak , bakal suami .

Ikhlas ,
Bakal Isteri .

Entry kali ni khas untuk pelajar lepasan SPM :D

Assalamualaikum .
Hi :)

Seriously dah lama tak update blog . Nak buka blogger pun memang dah jarang sekarang . Bila baca new post  blogger yang aku follow , " Gila babi banyak " HAHA

Semalam , semua pelajar lepasan SPM dah boleh check UPU kan ? So , takkan lah aku pun tak nak check . Hari before semalam , maksudnya kelmarin lah kan ? Aku dah mula nak start cuak . Hehe . Tapi alhamdulilah . Syukur :)

*jadi draft utk seminggu dan kembali meng-update . Maaf :)


Semua bestfriend aku tahu , lepas habis sekolah aku memang nak further study in Mass Comm and Alhamdulilah . Aku tak nak cerita perasaan aku , jantung aku , jiwa aku , hati serta limpa aku bergerak macam mana tatkala aku dapat tahu aku ditawarkan mass comm di UiTM .

Dengan izin Allah , semua benda yang jadi ada hikmahnya . Kita manusia , kita kena redha even macam mana sakit sekalipun rasa kecewa tu . Semua orang pernah rasa kecewa dalam hidup , tipulah kalau aku cakap aku tak pernah rasa kecewa dalam hidup . Tapi , aku senyap . Aku tahu , ini ujian . Aku kena kuat sebab bukan semua orang faham diri kita dan tahu macam mana nak kuatkan diri kita .

Diri awak , jasad awak , hati awak . Maka awak lagi tahu bagaimana nak kuatkan diri awak , bukan orang lain . Mungkin kawan kawan awak atau aku sendiri pun memberi macam - macam nasihat , dorongan ,
" SILA KUAT , SILA KUAT . AWAK MAMPU "

Tapi kalau awak , awak dan awak tak berbuat apa apa , kata kata dorongan tu tinggal bangkai tak bersemadi . It supposed to be , awak ambil semua sokongan , awak ambil semua dorongan , untuk dijadikan anjakan supaya awak boleh move on . Cari jalan lain . Allah tutup satu pintu rezeki , bukan bermaksud semuanya tutup . Allah cuma nak suruh kita rajin , cari rezeki yang ada .

" Kau dapat , kau boleh lah cerita . " Ni ayat marah . So , aku faham .
Takde satu benda pun kat dunia ni kita boleh dapat , senang-senang je . Turun , jatuh dari langit kemudian kita ambil kita nikmati . Sesuatu benda yang Allah bagi tu , mesti atas usaha kita sendiri . Mungkin juga rezeki untuk kita , Allah bagi sebab Allah tahu niat kita . Allah tahu , hamba DIA yang bagaimanakah yang harus diberi ganjaran .

Aku tak baik sangat , aku pun ade masa lampau aku . Orang sekeliling aku tahu aku jenis yang macam mana dulu . Tapi , Allah tak pernah lupakan hambaNya yang datang ketuk pintu taubat . Allah never forget about us . Kita ni je manusia yang bongkak . Masa senang bukan main gembira , lupa diri . Masa susah , baru nak minta tolong dgn Allah .

Tell me , SIAPA JE YANG LEPAS DAPAT RESULT SPM HARI TU , BUAT SOLAT SUNAT SYUKUR ?

Sebab tulah aku boleh pertikaikan , siapa yang dapat 5 A , 6 A tak boleh dapat IPT . Hubungan dengan Allah tu kena jaga . Hubungan dengan manusia pun harus dititkberatkan . Yang pandai , awak tak sepatutnya merendahkan yang kurang daripada awak . What if satu hari nanti , Allah kurniakan akal anak awak sama yang macam awak kutuk orang ? Hablulminaallah , Hablulminnanas . Jaga hubungan dengan Allah , jaga hubungan sesama insan . Sila jaga mulut awak . Ada batas kalau awak nak menang , biar berasas . Jangan memburukkan orang lain , then apa beza awak dengan dia bukan ?

Orang tak buat apa-apa tapi kita yang benci lelebih, fitnah 


kutuk tak tentu pasal. So what makes us difference? Apa 

yang baik dari Allah .




Kita balik kepada fitrah . Kita kembali kepada Pencipta . Redha dengan semua yang berlaku . Terima apa jua ujian , Allah sedang berbicara dengan awak semua . 

Insyaallah . Everything happens for a good reason .
Allah knows the BEST .

UiTM melaka . Here I come ! Ya Allah , permudahkan segala urusan . Berikan aku kejayaan didunia , kebahagiaan di akhirat.


Interview Mass Comm di UITM Melaka .
Friday, April 20, 2012 @ 4:20 PM |

Assalamualaikum .
Hi .


It has been a long time aku tak update new entry . Kalau nak dikira , in two weeks I guess . Aku sekarang dah macam lifeless punya orang je sejak dua menjak , tiga menjak ni . Out of blue , aku rasa macam nak lari jauh - jauh dari semua orang . Aku rasa macam nak menangis puas - puas . And , aku rasa macam nak jerit kat semua orang " Please , I'm begging you . Just , leave me alone " Aku kan unpredictable , so memang macam tu perangai aku . '________'
Last Sunday , aku pergi interview course mass comm UITM . Wehh , bila aku dapat tahu aku dipanggil untuk temuduga , I was likeeeeeeee .......... SPEECHLESS ! Aku happy gila nak mampus ! Seriouslyyy :D Bila aku dapat tahu aku dipanggil untuk interview tu , aku menangis gembira . Air mata aku dah nak jatuh tapi aku terpaksa tahan . BUT , haaaa . Ada tapi nya tu okayy ? Aku cuak wehh nak pergi interview tu . Aku takut gila . Sebab , aku tak tahu apa rupa bentuk kah interview tu akan terjadi . So , dengan keazaman yg kuat *ayat tak boleh blahhh , aku try search kat ENCIK GOOGLE tersayang about this interview lah . Then , bila google google aku terjumpa ah blog sorang perempuan ni *akak bukan perempuan '_____' . Dia story about dia pergi interview mass comm ni last year , dia bocorkan segala soalan ujian bertulis interview tu then aku pun macam ada instinct yang kuat untuk salin all those question . Then , aku google pasal current issue lately . Tak lupa juga , aku google about Senarai Menteri Kabinet , Senarai Menteri Besar :) *nampak sangat aku ni betul - betul minat mass comm kan ? Itu je benda yang aku minat selama aku hidup . Lagi satu yang aku minat LAW tapi dgn result 3 A yang agak sadis tu , mana lah layak nak apply , so aku undur diri je lah . Goodbyeee LAW :3 Takde jodoh kita bersama .

Before sehari , dua hari , tiga hari interview tu aku asyik mengadu dekat Emir yang aku takut , cuak , gabra , semua ada . Seriouslyyy , aku mengadu dekat dia yang jiwa aku dah tak tenteram . Then , aku ambil sikit masa untuk doa lebih dekat Almighty . DIA selalu ada dgn kita , tiap watu 24/7 kan ?

*aku skip cerita aku sampai UITM melaka . and , those bla bla bla .

BIla dah nak dekat pukul 2 petang tu , kaki aku dah menggeletar bagai nak gila . Kertas dekat tangan aku tu sampai nak jadi air bandung sebab tangan aku basah , ketakutan wehh . 

TETIBAAAAAAAAA -,-

" Semua calon yang menduduki ujian bertulis course mass comm , sila masuk ke Dewan Kuliah sekarang "

I was like , oh God . Aku kuatkan diri aku ni . Aku salam ayah , salam mama and cium pipi dorang . Aku dah nak nangis time tu . Apa yang aku buat selama aku hidup , selama aku dilahirkan seriouslyy semua nya aku buat untuk parents aku . Aku cuma harap , dorang mampu nampak , aku tengah berusaha untuk kejar cita -cita aku untuk bahagiakan dorang . Benda yang paling aku takut bila dorang kecewa dgn aku . Aku tahu dorang kecewa bila tahu result SPM aku teruk macam tu . Aku mampu buat dorang tersenyum bangga bila aku Darjah 6 , Form 3 and SPM ? AKU RASA MACAM NAK BUNUH DIRI ACTUALLY . But , I kinda being grateful . Bukan rezeki aku kan ?

Bila aku dah duduk and aku pandang je paper question colour with green kat depan aku tu . Aku senyum perlahan - lahan . Cer teka soalan apa yang dorang tanya ? Haaaaaa , sebijik soalan yang aku jumpa kat blog akak yang  aku google tu . Aku cuba ingat balik apa yang aku hafal tu . Then , aku tulis semua yang aku ingat dalam kertas tu .

1 ) What do you know about mass comm ?
2 ) Why you applied mass comm ?
3) What contribution will you do when involve in mass comm ?

Bila dah habis jawab ujian bertulis tu , kita orang diiringi seorang lelaki ni untuk naik pegi bilik temuduga . Ogg , almost forgot . yang hadir datang interview tu ada 32 orang totally . Ehh , tak campur dengan sesi pagi punya interview okayy ? Hee .

Bila kita orang dah sampai kat satu bilik tu , kita orang just sit around then aku ada lah borak - borak dgn 2 orang girl ni . Their name is Nadia and Mira . Kita orang borak - borak then disscuss pasal current issue , tanya sekolah mana dulu , result SPM and bla bla bla . Seronok dapat kenal dgn dorang actually . Sampailahhh , nama aku kena panggil . Aku berdiri then dorang semua wish good luck .

Bila dah nak masuk aku ketuk pintu then bagi salam and terus approach panel temuduga tu . Then , dorang suruh aku keluarkan sijil - sijil and semuanya yang berkaitan . And , FYI , interview ni 24 hours kena speaking london okay ? Cuba imagine sikit orang kuat makan tempe speaking london :3 HAHA

Me : The Original or the copy one ?
Lecturer : Both . Okay , you may seat .
Me : Thank you .
Lecturer : So , introduce yourself to us .
Me : Bla bla bla bla bla bla bla bla . I'm studying Mechanical Engineering at Sekolah Menengah Teknik Klang 
Lecturer : You taking Mechanical in school , so why you choose mass comm ?
*okay , tu soalan sensitive tu woyyyyy . haih . Then , aku mula ahh buat cerita sedih . Rasa sebak semacam .
Me : My father told me to study that course even he knew I hate that course .
Lecturer : So , you happy studying this course ?
Me : Absolutely not . I couldn't make it in my SPM .
Lecturer : Being an engineer is your father dream ?
Me : Yup . That's why I choose Mechanical course . Another reason is because I love my father . I rather see my father happy even I really hate that those engineering .
Lecturer : Why you choose mass comm ?
Me : I really love this course . I knew , I have future in this field . I have passion in mass comm . I prefer to communicate with people than work with objects and machine .
Lecturer : How did you know about mass comm ?
Me : Actually , I knew I've got talent to communicate with people , talk and standing in front of others since I involved with  " Forum Remaja Daerah Klang " . Then , my teacher sharing information about mass comm and ask me to apply mass comm in UPU form online .
Lecturer : So , what current issue happens in this week ?
*aku cakap pasal Bersih 3.0 , Pyongyang lancarkan roket but it seems failure , KL - Britain
Lecturer : Before we end this session , would you like to ask us anything ?
Me : Nothing , but I would like to say something . I'm maybe not good speaking in English , but I try to improve my interpersonal skills .

Then , aku bangun and straight salam the two lecturer yang interview aku tu .
lepas keluar je dari bilik tu , aku senyum and rasa lega gila . Alhamdulilah . Malam ni aku dah boleh tidur lena :D

Aku sediakan tips untuk sesiapa yang akan dipanggil untuk Temuduga IPTA dari apa - apa course sekalipun :)

  • Buat research pasal course yang bakal ditemuduga tu . Google , Bing , Yahoo or whatever yang kau mampu buat .
  • Actually , penampilan tu sangat penting waktu temuduga . Penampilan mesti menarik so that surrounds you have a good first impression bila nampak kau .
  • Tenang and rilex al the time . Believe that everything will be fine .
  • Yakin bila ditanya panel penemuduga tu . Jangan kasi sikit ruang pun untuk dia ragu-ragu dgn kau .
  • At last , DOA yang terbaik . Semoga dipermudahakan .
Lily nak ucapkan ribuan terima kasih utuk semua yang mendoakan , and maybe Lily dapat tempuh interview hari tu dgn berkat doa kawan - kawan . Terima kasih banyak -banyak .
Last but not least , Kepada ayahanda dan ibunda tercinta , thank's for the support and willing to accompany for this interview . And , my boyfieeeee , Emir Harith , thank's sudi tenangkan saya bila saya cuak about that interview . it really means a lot to me . thank's kongsi pasal semua Isu semasa and awak tak pernah muak dgr saya membebel bila saya tengah tak keruan minggu lepas . Thank's a lot :)

I love my life .
Wednesday, April 4, 2012 @ 11:13 AM |

Assalamualaikum cinta . Waalaikumusalam rindu .

Muehehehe . Dah lama tak update blog . Update ni pun sebab bosan . Life sekarang dah macam datin datin duduk rumah besar hang tahu ?

Alhamdullilah . Saya happy dgn hidup saya sekarang . Allah masih sayangkan saya .
Permudahkan segalanya untuk saya , Ya Allah :)


I love my life , no matter what .
Saya sedih kawan -kawan saya macam tak appreciate life dorang . Saya doakan yg terbaik untuk mereka , kawan kawan saya .

Awak , saya bukan kawan yang terbaik . But , you are my bestfriend ever after . 



Sahabat , jaga diri awak . Awak tahu saya sentiasa ada utk awak masa awak susah and senang . 

Semua nak untung . takde sape nak rugi :D
Sunday, March 25, 2012 @ 3:38 PM |

Assalamualaikum .
Hi .

Takde apa yang lebih gembira lagi daripada hari ini . Muehehehehe . Aku baru balik dari Selangkah Ke Uitm yg diadakan di Seremban Parade . Ouhh , yea . Aku dah start plan jalan hidup aku lepas ni , and benda yg aku happy sangat tu bukan pasal aku dah jumpa the right path tapi borang UPU aku dah boleh bukak . HAHA . before this aku tak boleh bukak then aku macam pelik tambah lagi dengan rasa nak menangis . Bila aku tanya member -member aku , dorang punya semua boleh bukak . Rupanya kan , dekat ruang NO IC tu aku terbuat nombor SLIP BSN . HAHA . Macam sakai . Tu maknanya org gelabah tak bertempat yea lily ? HAHA .

Okay , aku tak nak bercerita pasal tu . Aku nak story pasal satu benda yg sangat menguntungkan . Ouhh , aku memang bukan seorang yang sukakan rugi . HAHA . Lagipun , benda yg aku nak story ni sangat dapat menjimatkan duit korang yg suka bershopping tu :)

Sekarang , aku tengah kumpul member card kat butik yg selalu aku shopping . Sebab , aku rasa memang sangat membazir bila kau tak boleh nak save waktu berbelanja . Bila kau guna member card , at least kau dapat discount and kadang - kadang kau akan dapat voucher membeli belah dari Brand tu .

Example , baru - baru ni aku dapat voucher kasut dari butik Vern's sebab aku kalau nak beli kasut memang kat situ je . Kasut dia semua cantik - cantik . Serious , tak tipu . Kasut dekat butik ni aku tak rasa mahal pun and affordable jugak lah bagi aku . Aku tahu wujud butik ni pun sebab birthday aku tahun lepas ayah bawak aku pergi Vern's and pilih kasut yang aku nak . So , ade lah satu wedges yg aku berkenan and harga dia memang bulat gak ahh mata aku . Sebab , aku masih studying then pakai kasut yg macam harga untuk org bekerja , so memang aku rasa tak mampu lah . tapi , itu salah satu birthday present dari ayah and aku bukan jenis yg suka tolak rezeki . And the best thing is , aku dapat Exclusive member card Vern's sebab harga kasut yg aku beli tu atas dari Rm 5* . Since aku dapat exclusive member card tu , aku asyik beli kasut dekat situ je :D Muehehehehe .

Kat bawah ni senarai Outlets Vern's . Yg negeri Smebilan tu Vern's dah bukak satu lagi cawangan . Di Giant LUKUT :)



Ini Vern's colloction aku . Cukup je aku tunjuk tiga je dekat hanpa semua
One more Brand yg aku baru dapat member card semalam . Disebabkan tiap minggu keluar then aku beli Shawl , semalam mama belanja aku buat member card dekat satu butik Shawl yg selalu aku pergi . Sangat untung wehh . Butik ZAHRA SCARVES . Semua shawl dia memang cantik  cantik . Senang dilentur , dibelit sana dan sini . HAHA

MINE :D
Haaa , so ramai - ramai lah bermula dari sekarang aktif menggunakan dan membuat card di mana mana je Brand yg korang rajin pergi okay ? Dalam korang berbelanja tu at least dapat menyimpan sikit kan ? 
Spreading lovesssss , baboiiiiiiii :D


HACKTIC dayyyyyy :)
Thursday, March 22, 2012 @ 7:07 PM |

Assalammualaikum .
Hi .

Today was 22 March . Alhamdulilah , masih lagi mampu untuk bernafas hari ni . Hye peeps . Morning . Aku bangun awal hari ni . HAHA . Semalam memang hari paling awesome . Macam - macam benda baik jadi . And , I was happy . Okay , I admit yang malam tadi aku buntu kepala otak dengan semua benda tapi lepas solat , alhamdulilah . Aku campak semua benda yg aku fikir tu kat longkang depan rumah aku . Cewahhhhh ~ 

Semalam 21 March , then nightmare untuk semua fivers batch 94 dah berakhir . Yahhh , nightmare lah sangat untuk aku . Muka aku still chill bila datang ambil result semalam . Aku ni memang ade masalah nak express feeling aku through expression kot ? HAHA . 

Semalam ambil result dgn mama . Dari Port Dickson terus ke Klang . Seriouslyy , aku rindu Klang . Dua tahun aku stay dekat sana , macam -macam benda aku belajar . MACAM MACAM BENDA okay ? HAHA . Dekat dalam kereta tu aku rilex buat muka bodoh jea mula - mula , bila dah nak sampai sekolah , aku suruh mak aku patah balik PD . Woyy , cuak dohh . rasa takut tu mesti ada even kau ni heartless nak mampus . ^^ Bila dah sampai terus jumpa Mimi dgn Jasmin dekat pondok . dari jauh lagi si Mimi dah jerit ,
" Kau ingat kau perempuan melayu terakhir ke ? Dgn stokinnya tu " Nasib mood aku elok , kalau tak memang aku lawan cakap si Mimi tu . Aurat perempuan dari hujung rambut sampai hujung kaki okay ? 

Lupa nak cerita , masa aku tengah siap siap nak pergi sekolah ambil result , Tasya *my junior text me then wish good luck . Woahhh , dia tambah aku punya cuak lagi but thank's tasya :)


Straight to the point , tak payah nak bagi signal belok kiri belok kanan lah kan ? Congratulations utk semua pelajar yang menduduki peperiksaan SPM pada 2011 *ayat skema . Especially pada semua warga Sekolah Menengah Teknik Klang *skrg dah jadi SM Vokasional Klang . Semalam tak sempat nak pergi approach kawan -kawan and untuk semua yg mengenali diri ini . HAHA . Itupun dorang yg datang tegur aku .

Sumpah aku takde mood nak pandang camera tuuu =='


" Lily , result berapa ? "
" Mai , result berapa ? "
" Maily , dapat berapa ? "
" Weh , kau yg pakai baju kurung tu . Dapat berapa wehh ? "

Aku senyum then bagitahu je result aku . HAHA . Aku ni muka je nampak heartless , tapi kalau nak tahu bila aku masuk sekolah before jejak Laman Bestari tu , aku dah menangis bila nampak budak dorm aku . Rindu dohhh . Bila nampak Faizal dengan Naim lagi lah aku meleleh , sebab dorang tegur aku kenapa aku menangis . Hehe . Selamat pulang ke Klang Faizal dan Naim . Botak dah korang kan ? Almaklumlah , abg PLKN .  Muehehehehehe .

Bila aku pergi kat Laman Bestari , okay aku rasa macam tak nak pergi sana sebab ramai gila budak lelaki melepak kat situu ==' HAHA . Tapi , sumpah kerek nak mampus budak form 4 tahun ni . Sepet dgn aku tanya sorang budak lelaki ni mane tandas kan , then dia selamber gila babi ckp

" Entah , tak tahu . Baru je berhenti sekolah dah lupa ke tandas kat mane ? "
Fuck gilaaaa . Haih , dah lah budak form 4 tahun ni banyak buat statement , abg form 5 suruh baju sikit kecoh nak mampus . Dulu takde pun ==' * ni skido my junior yg story hari tu . sebab dia bengang budak form 4 buat ramai budak form 5 kena buang asrama . Kira mcm dibuang asrama berjemaah lahh . Aku dgr cerita pun geram .

Then , kita org carik sendiri tandas sekolah . Pengetua sekolah tu memang suka tukar - tukar tandas , aku pun dah pelik dtg sekolah tu . HAHA . Bila nak OTW tu , nampak Hani my classmate then dia tegur .

" Ehh , Mai . Baju kurung lahh  " Huwaaaa , rindu gila dekat Hani . Kawan berdebat aku . Kalau kat kelas tak sah berdebat dgn dia . Nama je lelaki tapi gosip dia mengalahkan perempuan .
Ada satu hari tu aku berdebat dgn dia . " Mana lagi penting ? Duit ke Kasih Sayang " Haaaa , satu hari tu aku dgn hujah aku , dia dgn hujah dia . Dia agree yg Kasih Sayang tu segalanya tapi aku agree yg Duit tu EVERYTHING sebab time tu aku tengah gaduh dgn boyprenggg aku . Tak masuk akal betul ==' HAHA

* Boleh tak aku nak skip cerita ? Panjang sangat ahhh .

Masa nak ambil result tu , satu kelas duk menghimpit Cikgu Wan . Cikgu Huda , Cikgu teori PKM tu pun ade sebab dia nak check if salah satu kelas kita org gagal . And , kita org semua lulus dgn jayanya . HAHA . Subjek tu memang killer nak mampus . Faizal yg terer subjek tu , yg boleh hafal cara cara nak buat tuangan lilin tu pun dapat B+ , ape tah lagi kita org ni ? Bila masing masing dah dapat result , semua sibuk dgn phone masing masing . I've tried to call ayah but ayah tak pick up phone dia . Then , aku call Cikgu Zuina .

" Assalamualaikum Cikgu . Mai ni "
" Yea , kenapa ? Cikgu takde kat sekolah lah . Cikgu kat High School Klang ni . Tak dapat jumpa "
"Yeke cikgu ? Baru nak jumpa . By the way , BM sy dapat A+ cikgu "
" Yeke ? Alhamdulilah . Bagus . tahniah yea ? result dapat berapa ? "
" 3 a's only cikgu "
" Okay lah tu . Subjek lain ? "
" Pretty awesome "
" Budak kelas yg lain punya result ? "
" Hani dapat B+ cikgu " HAHA . Time ni aku dajal si Hani tu .
" Berapa orang semua dapat A "
"Tak tahu cikgu "
" Ouhh , tahniah lagi sekali . Bagus lah Bm dpt A+ "

Seriously , Cikgu Zuina happyy gila bila aku bagitahu dia aku dapat A+ . Dia memang expect aku dapat A+ utk SPM sebab dia dah buat headcount cuma trial BM aku , Syahmi dapat kalahkan aku tu yg aku struggle balik tu ==' HAHA . Tapi , aku sayang gila dekat Cikgu Zuina , kalau takde dia aku tak tahu apa nak jadi dgn aku sekarang . Bila aku besar , aku nak jadi macam dia . Dia dah macam mak kedua untuk aku .

Then , mama pandang dari jauh andterus pergi kat dia sambil senyum . Then aku tunjuk slip result .

" Sorry , 3 A's onlyy "
"Nevermind " Mama terus cium pipi aku and I was like , thank's mama . I love you .

Tasha , kecik and Apit :)
Rafiq , buat muka budak straight A's :D

Friend ever after , I love you guys :)
Saya menang awek =='
*gambar sumber dari Farah Adilaa *Eton Karpet

Lepas tu lepak - lepak jap dengan budak kelas , seriously rindu . Lepak dekat kantin , minum teh ais . Wehh , rindu zaman sekolah dohh . End up kita org decide nak pergi lepak kat luar but aku tak dapat ikut sebab aku ade agenda tersendiri . HAHA *gelak kejam .

Alang - alang dah sampai Klang kan , abang sayang kata nak jumpa . And , I was like . Huarghhhh , bestnyaaa ! Even baru dua hari lepas date , rindu tu tetap bertambah okay ? Lagi pun , dia memang nak jumpa mama . Then , kami decide nak pergi JJ Bukit Tinggi Klang . Mama terus drive and just tunggu Emir kat sana . Bila Emir cakap dia dah sampai , Mama tunggu dekat KFC and aku pergi jemput Emir kat entrance depan . Bila nampak muka Emir , alahai rindu gilaa ahh . Rasa macam nak nangis pun ada . Cuma tahan je . *poor emir sebab dapat gf yg kuat nangis . HAHA

Bila dah jalan jalan nak straight kat KFC aku ternampak Farid . then , aku nampak dia dari jauh dah senyum - senyum kat aku . Haaaaa , kantoi dah lily . Bila dah tegur Farid , terus jalan ke depan and ternampak Rafiq , my others classmate . Okayyy ==' Kantoi terang terangan kau bawak Emir jumpa mak kau Lilyy .

So , ketemulah mama and abang sayang aku tu . Aku dapat rasa yg si Emir punya jantung tengah berdegup kencang . Bila dia dah approach mama , kita org pergi order KFC . Actually , masa aku masuk KFC tu banyak gila budak sekolah aku and aku rasa macam nak keluar balik . Bila aku dgn Emir masuk , dorang semua pandang . Yg kenal aku tu , dari jauh dah senyum - senyum . Haih . Malu >.<

After that , Emir borak borak dgn Mama . And , Mama pun interview lah dia . Okay , mama cakap banyak gila dgn dia macam dah selalu jumpa . Lepas tu siap kantoikan aku kat Emir yg dia nampak aku tiap pagi peluk baju KUSTECH Emir . Time tu Emir dah gelak - gelak and aku memang tak sanggup nak pandang muka Emir . Bila dah habis makan tu , kita org terus balik . When nak keluar dari KFC , time tu jugak lah classmate aku keluar dari Mcd . Yg si farid siap tangkap gambar aku dgn Emir lagi . Aku tengok gaya dah macam Paparazzi =='

Then , lepas bayar tiket parking mama terus pergi kat kereta . Aku tolong si Emir yg tengah stuck dekat nak bayar parking fee . Dia boleh bantai masukkan tiket tu terbalik . HAHA . Dah habis tu , Emir pergi kat kereta dia sambil cakap I love You . Haiyooo , dah start rindu awok biyyy :( Bila aku berjalan nak pergi dekat mama , tetiba dia boleh parking depan kereta mama and say bye once again . Okay , so sweet ! HAHA .
Bila nak keluar JJ , si Emir drive kat belakang kereta mak aku je . Kadang -kadang tu , aku curi pandang side mirror nak tengok dia . hee ^^ Then , kita org terpisah , bila jalan terpisah ke Meru and another way . Bye biyyy :( I miss you a lot .

FYI , sepanjang perjalanan balik mama asyik cakap pasal Emir . Aku dah nak bernanah telinga dengar mama puji dia . Sumpah , kalau si Emir dengar , mesti dah kembang semangkuk .

" Harith tu ni kan ? "
" Harith tu ni lahh .... "
" Blaaa blaaaa blaaaaa ..... "
Then , mama cerita kat aku . Masa tu aku tgh OTP dgn Dylaa sebab tetiba dia call . Mama tanya kat Emir macam ni .

" Harith serious ke dengan Mai ? " Then mama cakap Emir angguk or ckap serious kot tak silap aku . And , time tu aku dah senyum - senyum .

Thank's biyy , I love you . Terima kasih sebab belanja kita dgn mama KFC semalam okayy ? pandai pikat hati mama kita ^^ . HEHE .

P/s : Tu baru bakal menantu , belanja mama . Bukan macam dia tu .

Second date was awesome :)
Tuesday, March 20, 2012 @ 4:21 PM |

Assalamualaikum .
Hi .

Okay , hati tengah dup dap dup dap sebab esok result SPM keluar . Masa tgh update entry ni pun jari aku dah terketar ketar mcm org sakit kronik . HAHA . Pray for the best untuk result esok , chill okay ? Jangan sampai nak terjun Sungai Klang tahap cuaknya tu . Esok macam -macam benda boleh jadi . If result tak macam diharapkan pun , aku masih still boleh tahan sebab aku dah struggle habisan masa SPM tu . Allah tak melihat pada hasilnya , tapi Allah memandang usaha *ayat penyedap hati . HAHA

Cut the crap , aku bukan nak update pasal SPM so and bla bla bla . 
Semalam kan , kiteww pergi dating dengan boyprenggg kitewwww *sambil buat muka gedik ^^
Ni date kali kedua . Date yg first masa 21 hb February tuuu . Last date before , kami date di TS , so we decide kali ni date dekat KLCC *tapi tak kesampaian . HAHA . At last kita org decide nak pergi Pavi je .

Sampai je kat Pavi , kita orang jalan - jalan then decide nak pergi makan . Yeahh , this time Emir belanja kita makan Pizza Hut . Terima Kasih awakk . Kitewww emangg sukewww awakkss belanjewww kitewww makannn *ayat rempit keluar . HAHA

Macam macam benda jadi dekat Pizza Hut semalam . Seriouslyy , benda ni memang lawak kalau benda ni jadi dekat korang . Ade satu time tu , Emir tgh belek -belek tab dia then dia nak tunjuk aku something . So , dia nak pass lah tab tu dekat aku then tetibaaaa , dengar satu benda yg kuat sangat . Cer teka cer teka bunyik ape ? Haaaa , bunyi tab jatuh atas pinggan . Imagine lahh kalau pinggan tu ade sudu garfu semua , then tab jatuh atas tu . Bunyi dia memang bergegar satu PH semalam *aku tipu . HAHA . Bunyi dia mampu buat semua orang pandang ke arah kami . Aku time tu speechless yg teramat sangat dan aku cuma mampu pandang muka Emir yg tengah tergelak gelak kat depan aku . Padahal dia dah malu tuuu :P

Lepas semua yg kita org dah order sampai , kita org mulakan operasi menternak lemak . HAHA . yeahh , Emir belanje kita dessert . Dia belanje kita single sensation ( ais krim ) . Dia tahu kita suka makan ais krim so dia belanje ahh dessert include all those pizza semua tu . Dia paksa aku makan semua benda tu macam nak pecah perut aku . Hee ^^

Oh yeah , lagi satu part . Time aku tengah borak - borak dgn Emir then bila aku tengah leka nak potong pizza tu kan , Emir tegur aku .

" Ape ni guna pisau terbalik ? "

Err , okayy , kau pergi ambik pisau makan tu sekarang , then kau nampak tak gigi gigi pisau tu ? Time aku nak potong pizza tu , aku letak bahagian tu dekat bahagian atas . Haaa , kau ! Gilaa tak malu . Time tu aku rase mcm nak campak botol sos je kat dia *tak sampai hati actually . Haha .

Lepas je makan , kita org pusing - pusing satu pavi tu . Si Emir tu mengada nak duduk , membebel je kerja ajak duduk . Haaa , no wayy ! Lepas makan kite kena berjalan untuk tidak menternak lemak di dalam badan okay ? Highlight please ? HAHA . At last , bila aku memang dah tak larat nak berjalan , aku pun decide ajak Emir duduk . Then , kita org borak - borak , tengok-tengok orang kat bawah then Emir bagi baju NIKE couple yg dia beli tuuu . Hee , first time lelaki belikan kita baju couple ^^ Sayang awak lebihh biyy .

Bila dah sampai gilaa tuu , mula ah tangkap gambar sana sini . HAHA . Aksi gedik habis masing - masing .

Colgate , bila nak ambil kami as model iklan gigi ? HAHA
Habis comel dah muka kami :D HAHA
Gambar ni nanti kalau kahwin dgn dia , aku nak frame besar - besar then cerita kat anak cucu aku yg aku date dgn atuk dorang kat pavi . HAHA . Time tuhh dah berkedut seribu muka masing - masing .

Semalam sempat singgah kat kedai buku . Tapi just tengok -tengok je sebab takde satu benda yg menarik hati aku ni . Tapi , ade satu moment yg buat aku rasa nak angkat dia then baling dia dari tingkat atas ke bawah . Well , aku tak boleh nak describe benda tu kat sini . Aku tak boleh nak translate benda yg jadi semalam kepada ayat . HAHA .

Yeahh , waktu nak balik tu yg aku tak suka tu . Sedih semacam je . Seriously , aku rasa macam nak pacak khemah je semalam then spend time dgn Emir satu hari . Susah nak tinggalkan dia bila dah jumpa sebab dia sorang je yg mampu buat senyum kat muka aku ni tak hilang bila jumpa .

Semalam , masa nak tunggu KTM , aku pun tak tahu nak cakap apa . Actually banyak benda nak cakap tapi , aku lagi suka tengok muka dia lama -lama sebab nanti aku rindu kat dia bila tak jumpa . *gedik
Dia suruh aku janji kat dia , jangan tinggalkan dia . Dia cakap dekat aku , yg dia sayang aku .
Emir , siapa yg nak tinggalkan awak ? Siapa yg sanggup tinggalkan lelaki baik macam awk ni ? Tang celah hutan mana pun saya tak tahu , kenapa saya nak tinggalkan awk . And for sure , saya tak jumpa sebab untuk tinggalkan awk :)

Thank's utk semuanya biyy .Thank's for all those memory . Saya akan ingat sampai bila - bila .
Once again , terima kasih sebab belanja saya Pizza , then belikan baju NIKE tu . Adorable gilaaa :D Then , from now on kita dah boleh bergayut macam monyet sebab awak belikan Digi Easy utk kita semalam . Thank's awak :D

One more thing , jangan minta maaf kat saya lagi if awak tak mampu tunaikan janji awk . Janji yg awk cakap awk nak belikan saya coklat tu . Hee , saya happy sangat dgn awak semalam sampai dah lupa pasal coklat yg awk janjikan tu . Heee ^^
Please , be mine forever ?


Awak tak kan pernah tahu . Saya sayang awak , lebih dari awak sayang sy :)

P/s : aku tempek lagu Be Mine  - Tasha Manshahar sebab lagu ni sebijik macam story kita org dari dulu sampai sekarang :D Ouhh , except part yg tengok movie tu :D

BUNOHAN was super awesome :)
Monday, March 12, 2012 @ 7:47 PM |

Assalamualaikum .
Hi .

Aku rase mace nak kecek kelate je lepas nonton Bunohan tadi , tapi tak reti . HAHA . Mase aku tgh update entry ni , aku tengah melepaskan penat lelah setelah menonton BUNOHAN . Haaa , tercapai jugak hajat aku nak tengok Bunohan . dari hari khamis minggu lepas lagi taw tapi tak kesampaian sebab takde org nak teman aku . Hari ni aku tengok Bunohan pun lepas aku pujuk rayu adik aku tu , Danie . Aku lagi suka tengok movie baru mase first day . Tak tahu lah kenapa , tapi nak buat macam mana kan ? Aku takde kawan nak ajak tengok filem baru Zahiril Adzim ni . Sesuatu Yang Tertinggal pun aku tengok first day keluar , 5 februari date dia . Aku masih ingat lagi . *Lily , cakap je lah kau minat Zahiril Adzim kan ? HAHA . Yea , aku minat ZA :D Okay , cut the crap then tengok apa yg aku nak story sikit pasal Bunohan .



Totally aku nak bagi movie ni 4.5 dari 5 star boleh ? Hee , movie ni super duper awesome dohh . Ni satu satunya filem yg buat otak aku berfikir bila tengok filem . Kenapa itu ? Kenapa ini ? Kenapa manusia jadi macam tu ? Dan , kenapa manusia jadi macam ni ? Filem ni the only one filem Melayu yang aku rasa , even shooting kat kampung tapi ada banyak mesej yang banyak disampaikan dan terkesan kat hati aku ni . 

Kampung Bunohan tu betul -betul wujud okay ? dekat sempadan thailand , area Tumpat .

Korang boleh google sendiri Sinopsis filem Bunohan ni or lagi best korang cepat -cepat tengok dekat cinema . The interesting part dlam filem ni , bahasa yg digunakan fully bahasa Kelantan . Memang kadang-kadang tu korang senyum sendiri bila sometimes pelakon dalam filem ni kecek kelantan . Example macam Uncle Namron . Ade satu scene ni dia tgh cakap dgn Zahiril Adzim ( Adil ) .

" setiap hak keburukan , mesti ade hak kecomelan " Aku rasa ayat dia macam tu lah . Maksudnya tu , setiap keburukan , mesti ade kebaikan . Lagi satu yg aku ingat " Buang yg hak buruk , ambik yg hak comel "
Errr , buang yg keruh , ambil yg jernih . Kan Uncle Namron ? HAHA . *aku mane hafal bait ayat nya tu .



Then , aku wonder macam mana sorang anak sanggup bunuh ayah dia semata -mata untuk tanah pusaka ? Lepas tu pulak , macam mana sorang kawan sanggup bunuh kawan sendiri ? *Scene Bront Palarae bunuh Faizal Hussein . End up , macam mana si Muski ni sanggup berlawan kat pentas tinju dgn Adil , kawan baik dia . Benda tu asyik buat aku terfikir .


Filem ni pun ade scene kelakar dia . Masa scene ni , satu panggung gelak dohh . Scene Bront Palarae tgh cakap dgn Jimmy Lor dalam kereta . Masa tu dorang tgh perhatikan Faizal Hussein tu tgh gali kubur .
Okay , aku tak nak story banyak . Yg memang aku confirm , filem ni best gila , tak rugi tengok . Tapi , kau kena cepat pick up apa yg nak disampaikan . Kau kena buka minda kau seluas laut . Kalau tak , kau akan rasa what the heck yg benda ni nak story ? Please , buka minda bila kau tengok filem ni .

Filem ni pun dah diiktiraf dekat luar negara . Korang bolehh google sendiri :)


Barisan pelakon : Faizal Hussein, Zahiril Adzim ,Pekin Ibrahim , Bront Palarae, Soffi Jikan, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Amerul Affendi ,Jimmy Lor dan Tengku Azura.

Yg kat bawah ni , aku tempek link blog zahiril Adzim .Beliau update pasal BUNOHAN . Korang boleh view :)

Selamat menonton , BUNOHAN :)

|


copyrightblogskinbySchaaalHassan

Owner entry LastStory




Maizura Zainal

Journalist-To-Be

Good girl , pray to Allah


You may leave each comment for my entry , here !

Shoutbox


My LINK <3

Follow myBLOG
Follow me atTwitter
Add me at Facebook







copyrightblogskinbySchaaalHassan