i love my life
MANUSIA.SUKA.DRAMA
Tuesday, January 29, 2013 @ 10:58 AM |

Assalamualaikum .

Sebenarnya saya dah agak . Saya akan mengambil masa yang sangat lama untuk mengupdate post baru . Alhamdulilah , semester kali ni semua berjalan lancar cuma minggu ni hectic sikit sebab next weet ada mid term for 3 subject . Please , imagine uban tumbuh kat kepala saya sekarang sebab pening nak ingat semua benda . *cut the crap

This sem saya belajar control pembaziran duit yang keluar . Semua berjalan lancar pada mulanya , tetapi resultnya gagal . Saya memerlukan bengkel motivasi " JANGAN KELUAR DUIT " . 

Alhamdulilah , proposal for research semua dah hantar . Tinggal nak submit full research at the end of sem . Week 13 . 

Tapi , that day saya gagal kawal emosi saya . Saya menangis sebab sekarang saya sedar separuh daripada manusia ataupun boleh dikatakan semua memang ada sikap pentingkan diri sendiri . Bila nak , baik baik . Bila tak nak , pandang pun tak hingin . Awak awak semua . Saya pun bukan baik sangat nak ikut je semua rentak awak . Saya pun ada hati , jadi jangan salahkan saya bila kebaikan yg saya bagi awak , tapi lepas ni awak dah tak ada peluang untuk ambil kesempatan dari kebaikan saya tu .

Sekarang saya belajar nak faham manusia . Sekarang saya jumpa macam macam jenis manusia . Sem 1 pun pernah jumpa , tapi this sem saya jumpa lebih ekstrem . Saya tak boleh bayangkan bagaimana seorang yg berpendidikan tinggi dan berpelajaran tetapi lebih suka menyorok kebenaran supaya keadaan akan jadi lebih terkawal . Awak yg rasa awak seorang yg sangat profesional tu , awak tahu tak masalah akan sentiasa ada di mana mana ? Awak rasa awak dah cukup pandai mengawal keadaan tu dengan menutup kebenaran ? Cuba awak renung balik Diploma , Degree, Master or PhD awak tu . Dengan semua yg ilmu awak ada , awak rasa sembunyikan kebenaran je alternatif paling senang untuk difikirkan apabila menyelesaikan masalah ?

Awak berpendidikan , tapi awak tahu tak prinsip JANJI ? Bila awak dah janji dekat org bawah awak jumpa pukul 1.30 pm , silalah datang ikut masa yg awak janjikan . Awak lewat sebab ade meeting ? Jadi kenapa nak berjanji awal kalau awak dah tahu awak memang ada urusan ? Awak patut malu dengan diri awak sendiri . Awak berpendidikan tinggi tapi awak selalu omong kosong . Awak suka cakap benda tak serupa bikin . Awak mulut manis , tapi malangnya mulut cuma sekadar mulut .

Saya rasa saya dah penat dengan semua drama . Saya nak hidup dan berbakti untuk diri sendiri dan org yg perlukan saya . 

P/s : Saya suka class madam ash :)



|


copyrightblogskinbySchaaalHassan

Owner entry LastStory




Maizura Zainal

Journalist-To-Be

Good girl , pray to Allah


You may leave each comment for my entry , here !

Shoutbox


My LINK <3

Follow myBLOG
Follow me atTwitter
Add me at Facebook







copyrightblogskinbySchaaalHassan