i love my life
Sorry is not enough
Sunday, September 8, 2013 @ 3:47 AM |

Maafkan saya ,
Saya mengalah terlalu awal sedangkan awak pernah bertahan lebih lama dari ini.
Maafkan saya,
Saya kalah dalam apa yang pernah kita perjuangkan dulu.
Maafkan saya,
Sebab tak mampu menjadi yang terbaik dalam hidup awak lagi 
Dan maafkan saya andai kata diri saya bukan lagi yang mampu membuat awak tersenyum.

Saya menyerah terlalu awal kerana saya tak sanggup melihat awak lukakan hati saya ,
Dalam saya rela menerima semua yang terjadi ini ,
sebahagian diri saya masih lagi mengharap awak kembali 
Kembali menjadi seperti dulu.

Jujur saya akui ,
Masa yang kita habiskan bersama bukanlah tempoh yang singkat ,
Dan bukan mudah untuk saya lupakan semuanya tentang diri awak .

Kuat manapun diri saya cuba melangkah dari awak ,
hati saya masih lagi berpaut pada awak ,
kerana saya yakin ,
dan saya percaya,
Cinta yang kita pupuk dari dulu hingga sekarang,
tak pernah berubah walaupun sedikit walaupun setiap pertelingkahan membawa kepada permasalahan yang lebih besar.

Kerana menjadi kemestian untuk saya menyebut dan mengingati awak di setiap nafas yang saya hembus,
Dan sudah menjadi kebiasaan untuk saya berada di dalam lindungan dan kasih sayang awak yang tak pernah berbelah bahagi .

Mana mungkin senyuman yang selalu membahagiakan itu hilang dari ingatan ?
Kerana mulanya pengikat hati ini kerana sudah berpaut pada senyummu .
Mana mungkin dirimu hilang dari hati ini,
Kerana memang dari mula hati ini tidak berpenghuni kau telah pun menjadi gantinya .

Pergilah andai itu yang boleh membuat kau bahagia,
pergilah jika apa yang pernah kau pertahankan dahulu tidak lagi bermakna dan sia sia.
Pergilah kerana aku tidak menghalang dan aku sentiasa doakan kau bahagia .

Aku sudah cuba melakukan sedaya aku untuk membuat kau tetap bertahan,
Untuk melihat kau masih berada di sini,
Tak pernah hilang rasa sabar melayan setiap karenahku.

Aku tak pernah menyesal ,
menerima kau dalam hidup aku ,
Percaya yang kau akan berada selamanya dalam hidup aku,
Percaya yang kau akan tetap setia menanti,
Percaya yang kau akan berada di setiap tangisan.

Dan, percayalah.
Aku masih lagi perempuan yang kau kenal stahun lebih yang lalu,
perempuan yang kau jatuh cinta dalam setiap yang dia tuturkan dan perkatakan,
walaubagaimanapun kau melihat aku dalam pandangan yang berbeza,
Sebahagian dari diriku masih miliki itu .

Selamat tinggal , moga kau jaga diri .
Semoga kau bahagia .




|


copyrightblogskinbySchaaalHassan

Owner entry LastStory




Maizura Zainal

Journalist-To-Be

Good girl , pray to Allah


You may leave each comment for my entry , here !

Shoutbox


My LINK <3

Follow myBLOG
Follow me atTwitter
Add me at Facebook







copyrightblogskinbySchaaalHassan