i love my life
You own my heart , totally :)
Sunday, March 4, 2012 @ 5:59 PM |

Assalamualaikum .
Hi .

Petang macam ni memang bosan . Dari lunch tadi aku asyik hadap lappy je kat bilik then layan Bujang Terlajak . Aku tak rasa apa-apa pun bila tengok movie tu . Nak gelak pun macam , apa motif ? Tapi , enjoy je lah .
Btw semalam ada beli DVD "Sekali Lagi " . Okay , filem tu dah lama tapi aku baru tengok semalam . HAHA .
Si Emir ni lah yang suruh aku tengok filem uh . Then aku check lappy , filem tu memang tak boleh play dekat lappy aku . Grr , then aku decide untuk beli je .



Malam tadi , aku tengoklah movie ni . Then , sampai part yang Emir cakap tu , aku terus nangis . Pehh , tak berhenti aku menangis . Sedih dohh :( Time yang part movie tu flashback that Arman and Shiela bercinta time sekolah . Aku feel something je . Honestly , bila aku tengok part tu aku ingat kat Amierul . Haih . Tapi , tak bermaksud aku rindu dia . Seriously , cuma part tu buat aku ingat kenangan sekolah kita org :(

Aku cakap dengan Emir yang aku teringat dekat Mierul , then Emir mula jadi someone else . Dia hantar text berjelar advice aku macam -macam . Serious , aku tak de niat pun nak buat Emir kecik hati semalam . Aku cakap benda betul .

Emir , 
awak tak boleh expect yang kita akan lupakan dia macam tu je . Kita org ade memori kita org sendiri even dia buat saya macam mana pun . Byk luka antara kita org , but saya tak nafikan yg dia pernah happykan sy jugak . Awak cakap yg awak dah lupakan ex awak macam tu je kan ? Itu sebab ex awk tak mampu nak tinggalkan kesan yg mendalam kat dalam hidup awak . 

Saya ikhlas dengan awak . Sebab tu sy nak buang dia jauh -jauh dari saya . Buktinya saya tak reply MMS dia malam tu kan ? If awak tak datang bukak hati sy ,sy tentu akan reply . Absolutely biyy , saya akan reply . But , saya fikir . Untuk ape saya still stay dengan lelaki yang tak pernah nak fikir apa yg saya sanggup buat untuk dia . Sekarang , saya ada awak . Kenapa mesti sy pergi balik dengan dia , if Emir Harith dah tentu baik dekat mata saya . Awak tak kurang apa pun kat mata sy . Jujur sy cakap , sy tak expect yang saya boleh sayang awak sampai macam ni sekali . Ego saya kalah bila dengan awak .

Masa saya keluar dengan awak , saya jadi diri saya sendiri . Sy bahagia sangat dengan awak masa tu . Then , tetiba semalam sy sedar , sy memang betul -betul kena lupakan dia kan ? Sebab , saya tak nak Emir saya sedih dengan saya sedangkan dia cuba buat saya bahagia dengan sedaya upaya dia .

Saya dah tak pakai rantai dia , itu first step sy untuk moving forward . Sy buat ni untuk awak . Bukan untuk awak sorang , tapi untuk saya jugak . Kalau dulu , maybe saya ambil masa dua bulan untuk betul-betul sayang kat orang , tapi kita tak sampai satu bulan pun dan awak dah mampu nak buat saya tersenyum pagi - pagi if nampak baju kustech awak kat dalam pelukan sy .

Seriously shit Emir Harith , I love You , deeply . I really meant it . Saya hilang kata-kata bila dengan awak . Saya cuma mampu cakap , saya cukup bahagia bila awak kat sisi saya . Saya suka pandang mata awak , sebab sy nak tahu if awak betul -betul ikhlas kat saya . And , sy pun nak awak tahu yg saya betul -betul ikhlas kat awak . Saya bukan perempuan yg boleh sayang lelaki macam tu then angkat kaki if dah bosan . Saya bukan macam tu .

Biyy , 
saya takut sangat nak kecewakan awak . Tiap kali saya fikir benda yang sama , "Am I good enough for him ?" Kadang -kadang tu saya fikir , awak patut dapat perempuan yg lebih baik dari saya . Saya tak cukup sempurna utk awak even awak cakap sy dah cukup baik , takde kurang pun kat mata awak .
Sometimes , if awak sedih , sy betul - betul akan rasa bersalah . Sebab , saya tahu bukan senang lelaki nak menangis utk girl .

Pasal semalam , seriously saya minta maaf . If awak sakit hati , then awak masih terfikir lagi sampai sekarang , please lupakan . Tu semua kenangan , awak sendiri yg cakap dekat sy :) Saya janji , saya lupakan dia .

Saya milik awak , boleh faham ?
You own my heart , Emir :)
Ya Allah , kalau ini jodoh aku . Biar aku lawan untuk jodoh ini :(

|


copyrightblogskinbySchaaalHassan

Owner entry LastStory




Maizura Zainal

Journalist-To-Be

Good girl , pray to Allah


You may leave each comment for my entry , here !

Shoutbox


My LINK <3

Follow myBLOG
Follow me atTwitter
Add me at Facebook







copyrightblogskinbySchaaalHassan