i love my life
I have been proposed and i'm Engaged :)
Sunday, December 25, 2011 @ 6:47 PM |

Assalamualaikum .

Minggu ni sangat busy . Macam-macam aku buat minggu ni . And , alhamdulilah semalam aku dah pun lulus Ujian Undang -Undang . Tunggu di panggil untuk datang mengikuti kelas memandu je . *okay . skema .
Lepas dapat lesen kereta , aku dah nyatakan hasrat kepada mama . Aku nak lepak kat McD sampai pukul tiga pagi . Haha . Percaya tak aku nak buat macam tu ? * sila jangan tertipu , tu bukan saya . 

Minggu ni , aku busy untuk kemas bilik aku . Haha . Jangan tak percaya lah kalau aku cakap bilik aku serupa arkitek yang banyak projek . HAHA . * aku tipu lagi . Sebenarnya lagi teruk . Aku kena pindahkan barang aku keluar . Frame gambar yang digantung juga telah diturunkan . kelambu pink comel aku pun telah disidai di luar .
Tujuan ? Bilik aku berwarna pink ni akan ditukar kepada sesuatu warna yg lain . Okay , warna belum fikir . Kat dalam otak masih lagi cinta dengan pink , cuma dah bosan dgn cat tu kott . Aku akan ambik dark purple or dark red . Nak gelap sikit . Haha .

Okay . Cut the crap * aku tak nak cerita pasal apa yg aku buat minggu ni , tapi apa yg terjadi minggu lepas je . Kalau korang memang kaki Facebook , ingat tak video yang pasal seorang girl kena lamar guna DSLR tu ? Dekat blog aku pun dah lama tempek video tu . Aku dah tahu pasal video tu before kawan-kawan aku share . ramai gila nak jadi macam Kak Dena tu kan ? kena lamar macam tu lahh . Sweet lahh . Jap-2 . Korang ade boyfriend kan ? Tapi Kak Dena tu tak pernah in a relationship punn . Aku rasa , dia anggap yang A relationship must be end with marriage :)
 Korang ?

Ade jugak yang share untuk boyfriend , dengan harapan mintak boyfriend lamar korang macam tu .
Then , bila boyfriend korang dah lamar macam tu , korang pun share lahh kat Youtube .
Then , dapat lahh pujian , " aww , comel lahh cara bf kau lamar " itu dan ini .
Kat sini aku nak tunjuk hitam dan putih , bezanya perempuan lain dengan Kak Dena ni .

Pada pendapat aku lahh kan , dia dilamar dengan cara sebegitu sebab taatnya dia pada Allah :)
Maybe Allah nak tunjuk yang Kak Dena patut dapat sesuatu yang memang semua baik-baik untuknya .
Jodoh dia yang baik sebegitu , memang dah dicatat di Luh Mahfuz :)

Kita ni ? Termasuk aku lahh kan ? Aku tak pernah terfikir pun nak dilamar dengan cara yang diredhai macam tu ,sebab aku rasa aku tak layak . Cukuplah aku dilamar dengan cara yang baik . Bukan di lamar apabila berdua dengan bakal-cik abang aku . Nak melutut segala bagai , nak letak cincin dalam kek and then bila makan tercekik lahh . Haha .

Apa korang rasa bila tengok video tu ?
Jujur lahh dengan hati sendiri :)

Aku menangis bila tengok video tu . Sebab , aku tak tahu jodoh aku macam mana nanti .
tapi , Kak Dena tu sangat beruntunglah kan ? Hubungan dia direstui oleh ibu bapa dan Insyaalah , Maha Esa juga :)

Mesti ramai yang tak tahu Kak Dena ni pun blogger kan ? Korang cuma tahu pasal video dia tu je . Betul tak ? Aku suka dia , aku minat cara dia , so aku carik dia :) Kat bawah ni aku tepek link blog dia . Aku cuba jadi seorang wanita islam dengan membaca blog dia .







Aku suka tengok cara Kak Dena berpakaian . Tudung dia labuh menutupi dada :) Baju dia longgar jea .
Aku harap aku boleh jadi macam dia :) Doakan aku boleh jadi Islam yang baik taw ?

Aku tak tulis entri ni untuk jadi judgemental , nak kritik orang semua , minta dijauhkan .
Semua manusia sama , cuma cara kita jadi Islam tu je yang lain kan ?
Aku pun ade kisah silam aku , and aku rasa semua orang ade cerita masing-masing .
Aku bukan baik sangat nak cakap orang jahat itu dan ini , cuma aku buat Amal Makruf Nahi Munkar jea .
Aku tak de kuasa nak halang orang buat itu dan ini ,
Aku pun bukan tak pernah buat silap sampai nak dok nasihat orang ,
cuma aku Islam . 
Aku membenci sesuatu perkara yang munkar dengan hati aku .
Dan , itu selemah -lemah iman .

Lepas baca entry aku ni , jangan lah nak dok usir aku jauh-jauh .
Janganlah ingat aku ni tak suka kawan dengan orang yang buat silap .
Aku bukan suka diskriminasi orang , cuma aku pun tak sempurna ,
kita semua tak sempurna ,
jadi kita saling ingat mengingatilahh kan ?

*aku selalu dengar ayat ni ,
" Biarlah aku nak free hair pun , janji aku solat "
Yang ni , memang tak sah gila jawapan bila orang tegur kenapa tak pakai tudung .
Macam aku sendiripun , aku try solat lima waktu dulu baru aku pakai tudung , sebab bila aku dah buat perkara yang wajib , takkan aku tak nak buat lagi perkara yang wajib ? Solat tu amalan pertama yang dihisab , tapi bila kau tak buat perkara yang wajib iaitu menutup aurat , kau rasa kau ke syurga ?
Itu urusan Allah dan kau :) Macam aku cakap , aku cuma cakap apa yg aku rasa .

Lagi satu , ade jugak orang selalu cakap macam ni ,
" Belum tentu dia solat and bertudung , dia tu baik " Okay . 
At least , dia tak lawan Allah terang -terangan :)
Tapi kau ?
Nauzubillah .

jangan terasa dengan Entri ni , tolong :)

|


copyrightblogskinbySchaaalHassan

Owner entry LastStory




Maizura Zainal

Journalist-To-Be

Good girl , pray to Allah


You may leave each comment for my entry , here !

Shoutbox


My LINK <3

Follow myBLOG
Follow me atTwitter
Add me at Facebook







copyrightblogskinbySchaaalHassan