i love my life
The things gonna be alright , I knew :)
Sunday, July 15, 2012 @ 10:54 AM |

Don't tell them to be with you 24/7, it won't happen. Appreciate and tell them you're glad they are there to support you, always.

Love someone because of Allah, Allah will make it last for ever. Leave someone because of Allah, Allah will give you someone much better.

There can be one person you can count on for a lifetime,and it can be the same person who's been standing beside you all along

Kenapa saya selalu lawan apa yg awak cakap ?

Sebab saya tahu sy betul , sy ade perasaan dan saya juga ada hati . Saya bukan hidup untuk dengar cakap orang . Sy bukan hidup atas arahan orang lain yg belum tentu lagi ada hubungan halal dgn sy . Sy masih lagi ada hak untuk buat apa yg sy suka eventhough sy syg awak dan sy tak boleh hidup tanpa awak .Jadi , bila awak suruh sy buat itu dan ini , awk kena faham sy bukan hamba awak untuk buat apa yg dapat puaskan hati awak . Tapi , kalau apa yg awak suruh untuk kebaikan sy , awak boleh cakap baik- baik dan sy ni bukan org yg tak boleh terima pendapat orang lain . Kalau hati sy ni keras , tak boleh terima pendapat org lain , sy takkan pakai tudung . Awak kena faham ,    dalam hidup sy , sy nak buat macam - macam benda . Kalau betul awak faham sy , awak takkan pertikaikan apa yg sy nak buat dalam hidup sy .

Kenapa saya selalu marah - marah tanpa sebab ?

Saya tak marah tanpa sebab . Kalau sy marah mesti ada sebab . Kadang - kadang awak akan bercakap , dan kadang - kadang setiap percakapan awak akan membuat saya terasa . Sy tahu awak bercakap secara tidak sengaja , dan bila sy dah tahu awak tiada niat untuk bercakap begitu seharusnya sy mengerti tapi maaf awak lebih mengerti sy . Sy sensitif dan awak tahu tu . Maka , mengapa tidak awak bercakap lembut- lembut dgn sy bila awak tahu sy terasa ? Kenapa skrg bila sy terasa dan diam , awak mudah meninggi suara ? AWAK yg sy kenal dulu bukan macam tu . AWAK yg saya kenal dulu sgt lembut hatinya . AWAK takkan marah saya walau apa pun sebab dan musababnya . AWAK pergi mana ? Saya rindu awk yg dulu :(

Dah banyak kali sy cakap , sy tak suka org kawal hidup sy . Tapi ? Itu yg kerap awak buat dan sy faham itu kerana awak sayang saya . Saya faham , awak sayang saya sampai awak sendiri tak tahu nak cakap macam mana . Saya pun macam tu . Sy sayang awak sampai sy sanggup tukar itu dan ini dalam hidup sy , sy ubah prinsip sy , sy hilang ramai kawan sy . Awak kena faham , bila sy sanggup hilang kawan - kawan sy , awak sgt bermakna dlm hidup sy . 

Kalau betul awak sayang sy , awak pasti faham dalam setiap apa yg saya cuba katakan . Kalau awak betul syg sy , pasti awak akan mengalah dgn setiap apa yg saya lakukan yg melukakan hati awak tanpa mengukitnya kembali . No matter what , no matter how .

Emir , saya nak awak yg dulu :(

Mungkin kadang - kadang sy macam tak ambil berat pasal awak . Sayang , awak kena tahu awak orang yg paling sy sayang selepas family sy , jadi mana mungkin sy tak ambil berat pasal awak ? Awak tahu bila sy penat , sy sendiri tidak mampu nak buat itu dan ini . Dan bila awak mengadu itu dan ini , sy faham cuma sy tak mampu untuk mengeluarkan suara sy yg saya sangat risau akan awak .

Awak cemburu dan sy tahu tu . Tapi awak kena tahu , sy sayang awak dan sy tak mungkin nak tinggalkan awak dan pergi dekat lelaki lain . Belum tentu sy dapat jumpa lelaki yg macam awak dan sebaik awak . Awak kena faham , dgn berapa ramai lelaki pun sy berkawan , awak tetap satu dekat hati sy yg sy pilih untuk harungi hidup ni bersama . Sebab sy tahu , sy tak boleh hidup tanpa awak . Dan awak pun tak boleh hidup tanpa sy .

Satu je pesan sy untuk awak , mungkin je sy masih lagi milik awak sekarang . Tapi , jgn bila saya betul - betul dah tak tahan dgn hidup yg macam ni dan sya pergi dari hidup awak . Sy masih bertahan di sisi awak , sebab sy tahu saya masih lagi syg awak . Even macam mana pun awak layan sy , sy tetap syg awak dan tak pernah berkurang . Awak kena tahu tu . Jgn sampai orang yg awak sayang pergi dari hidup awak sebab kepuasan hati awak dan awak akan menyesal kemudian hari . Masa tu , awak tak mungkin akan dapat saya balik .

Deeply from my heart . saya betul - betul rindukan awak yg dulu . Emir yang lembut hatinya . Kerana itu saya jatuh cinta padanya .

No matter what , I still love you . Take care , babe <3

New Life , New Journey . Keep in faith ! #Induction and FESKOM

Assalamualaikum .

Fuhh ! Fuhhh !
Bersawang habis blog ni since aku start register study dekat UiTM . Aku takde masa nak buka blog and update sebab seminggu masuk sini dah start dgn MDS , then seminggu lepas tu kena adapt dengan new environment and place . Busy nak uruskan itu dan ini dan sekarang alhamdulilah aku sedang meng-update entry baru :D Jangan nak nafikan kalau ada orang rindu nak baca entry aku . Kan kan ? HAHA

Most of my friends dah tahu yang aku further study kat UiTM Kampus Alor Gajah Melaka , a.k.a UiTM Lendu London . *nak jugak ! HAHA
Dekat sini aku study course Dip in Mass Comm , initial for Diploma in Communication and Media Studies .
Nak dipendekkan cerita , actually aku nak update pasal Induction Faculty . Haaa , the best moment ever ! Like seriously . That induction dah lepas dah , hari sabtu yg lalu . 

Saya baru lepas meng-download gambar induction malam tadi dari seorang senior Mass Comm . Abg Umar :D Hewhew . Tapi saya meng-download byk gambar senior je lah sebab dorang tulang belakang yang menjayakan this Induction .

Abg Hazim Shauqi - NYDP 2 KOMED
Akak Amal Haziqah - NYDP 1 KOMED
Abg Kamarul Ariffin - Bendahari KOMED
Akak Putri Haziqah (PutZ)- Exco P.Awam dan Alumni
Kalau tengok bebetul , akak Putz ni muka dia macam Lisa Surihani . A few of mass comm student akan sebut nama this senior macam ni ,
" PUT with The Zee (Z) at the back ! " HAHA .

Kak Mira Afilla - Exco Seranta
Kak Mira ni jadi emcee for the induction event with abg Ipin .

Abg FooFee - Exco Multimedia dan Montaj 
Abg Foofee ni budak part one dah kenal dia start dari MDS . Some of them memang tak suka sgt dgn Abg Foofee masa MDS , mula - mula je lah tak suka kan ? Sebab dia ni suka ambil gambar org tgh tidur then buat montaj . 

Akak Naffiz - Exco Sukan Rekreasi Dan Kebudayaan
Akak Naffiz ni anak retisssss :D Pelakon Liza Abdullah tu . Yang berlakon dalam Mimi Mencari Cinta kat Astro Ria tu . Hewhew :3

Abg MubinZ - Exco Publisiti dan Media 
We call him same goes with Akak Putz . Mubin with the Zee (Z) at the back !

Exco dan MT KOMED yg lain punya gambar ada yang tak didownload so tak dapat nak diupdate . Maaf ye akak-akak dan abg-abg . Tapi saya masih ingat setiap org daripada anda :)

Then , that Induction got a Flash Mob . Semuanya senior yg involve . Dorang buat persembahan untuk kita org . Dorang menari macam - macam lagu . Aigo ! Saya ada video dorang menari :D Hehe .

#FLASHMOB


Add caption


We have been declared as masscommers !





Kita org dimandikan dengan tepung serta air . Terima Kasih senior ! We all have a good time together :)


BEST MOMENT :D




#FESKOM2012 - Festival Komunikasi 2012




With abang Mubin with The Zee at the back :D

The Induction And FESKOM was the best moment ever to start new life as masscommers !

Mass Comm is my passion . Being a journalist is my dream . Pray for me guys .

This is me . The new me :)

If you can't be positive everything from Allah, 

how can you expect good things come to you?

At least you believe that as long as you be positive and have faith in Him ,you'll be fine.
Things gonna be fine.Back to normal/even much better.



Warkah Untuk Bakal Suami #1
Monday, May 14, 2012 @ 11:41 AM |

Assalamualaikum cinta .

Bakal suami ,
Kalaulah awak tahu suatu masa dahulu saya sangat menunggu awak ,
Kalaulah awak tahu , 
saya tertanya di mana dan siapakah gerangan awak ,
Saya harap , satu hari nanti awak tahu yang saya tak sabar dinikahkan dengan awak .

Saya pernah membayangkan saat awak selesai melafazkan akad nikah ,
Semestinya air mata saya akan mengalir jatuh ,
Awak memandang saya dengan pandangan yang redup ,
Awak bukan lagi bakal suami .
Awak lelaki yang akan menanggung setiap dosa yang saya lakukan selepas bergelar isteri kepada awak ,
Awak penghapus duka saya ,
Awak yang bakal memeluk saya sewaktu saya memerlukan awak .

Sekarang bayangkan , 
Masa berlalu ,
Dan kita dianugerahkan hadiah dari Allah .
Saya menghamilkan cahaya mata awak ,
Hasil perhubungan suci kita ,
Hasil perhubungan kasih sayang serta cinta kita .

9 bulan 10 hari yang indah berlalu ,
Tiba masa saya melahirkan cahaya mata untuk awak ,
Saya takut lalu awak pegang tangan saya ,
" Isteri , sabarlah . Ini untukku "
Suami , saya buat ini untuk awak .

Bakal suami ,
Andaikan saya pergi sewaktu melahirkan cahaya mata untuk awak ,
Boleh sampaikan salam dan sampaikan pesanan isterimu ini kepada anakku itu ,
Beritahunya bahawa ibunya sangat sayangkan dia ,
Beritahunya supaya menjaga ayahnya apabila ibu tiada ,
Beritahunya bahawa apabila berkahwin nanti ,
sayangi pasanganmu itu , jaga dirinya dan berikan sepenuh cinta terhadap jodohmu itu .

Bakal suami ,
apabila saya tiada nanti ,
buka pintu hati awak untuk menerima bidadari lain ,
awak berhak menerima kebahagiaan yang kedua ,
walaupun awak menggantikan saya dengan wanita lain ,
tapi saya tahu kita pernah ada kenangan bersama ,
saya tahu cinta awak pada saya takpernah berubah ,
Boleh saya meminta sesuatu dari awak ?
Doakan saya mendapat kebahagiaan di dunia sana .

Bakal suami ,
Saya disini menunggu awak .
Saya tahu awak lelaki yang akan menjaga keaiban saya ,
Menjaga solat saya ,
Menjaga agama yang diberikan Allah kepada saya ,
Melindungi saya dari anasir jahat ,
Melindungi diri saya sampai kita dipisahkan .
Wahai bakal suami ,
awak jodoh saya yang telah ditulis di Lauh Mahfuz .
Semoga kita bertemu .

Saya tunggu awak , bakal suami .

Ikhlas ,
Bakal Isteri .

Entry kali ni khas untuk pelajar lepasan SPM :D

Assalamualaikum .
Hi :)

Seriously dah lama tak update blog . Nak buka blogger pun memang dah jarang sekarang . Bila baca new post  blogger yang aku follow , " Gila babi banyak " HAHA

Semalam , semua pelajar lepasan SPM dah boleh check UPU kan ? So , takkan lah aku pun tak nak check . Hari before semalam , maksudnya kelmarin lah kan ? Aku dah mula nak start cuak . Hehe . Tapi alhamdulilah . Syukur :)

*jadi draft utk seminggu dan kembali meng-update . Maaf :)


Semua bestfriend aku tahu , lepas habis sekolah aku memang nak further study in Mass Comm and Alhamdulilah . Aku tak nak cerita perasaan aku , jantung aku , jiwa aku , hati serta limpa aku bergerak macam mana tatkala aku dapat tahu aku ditawarkan mass comm di UiTM .

Dengan izin Allah , semua benda yang jadi ada hikmahnya . Kita manusia , kita kena redha even macam mana sakit sekalipun rasa kecewa tu . Semua orang pernah rasa kecewa dalam hidup , tipulah kalau aku cakap aku tak pernah rasa kecewa dalam hidup . Tapi , aku senyap . Aku tahu , ini ujian . Aku kena kuat sebab bukan semua orang faham diri kita dan tahu macam mana nak kuatkan diri kita .

Diri awak , jasad awak , hati awak . Maka awak lagi tahu bagaimana nak kuatkan diri awak , bukan orang lain . Mungkin kawan kawan awak atau aku sendiri pun memberi macam - macam nasihat , dorongan ,
" SILA KUAT , SILA KUAT . AWAK MAMPU "

Tapi kalau awak , awak dan awak tak berbuat apa apa , kata kata dorongan tu tinggal bangkai tak bersemadi . It supposed to be , awak ambil semua sokongan , awak ambil semua dorongan , untuk dijadikan anjakan supaya awak boleh move on . Cari jalan lain . Allah tutup satu pintu rezeki , bukan bermaksud semuanya tutup . Allah cuma nak suruh kita rajin , cari rezeki yang ada .

" Kau dapat , kau boleh lah cerita . " Ni ayat marah . So , aku faham .
Takde satu benda pun kat dunia ni kita boleh dapat , senang-senang je . Turun , jatuh dari langit kemudian kita ambil kita nikmati . Sesuatu benda yang Allah bagi tu , mesti atas usaha kita sendiri . Mungkin juga rezeki untuk kita , Allah bagi sebab Allah tahu niat kita . Allah tahu , hamba DIA yang bagaimanakah yang harus diberi ganjaran .

Aku tak baik sangat , aku pun ade masa lampau aku . Orang sekeliling aku tahu aku jenis yang macam mana dulu . Tapi , Allah tak pernah lupakan hambaNya yang datang ketuk pintu taubat . Allah never forget about us . Kita ni je manusia yang bongkak . Masa senang bukan main gembira , lupa diri . Masa susah , baru nak minta tolong dgn Allah .

Tell me , SIAPA JE YANG LEPAS DAPAT RESULT SPM HARI TU , BUAT SOLAT SUNAT SYUKUR ?

Sebab tulah aku boleh pertikaikan , siapa yang dapat 5 A , 6 A tak boleh dapat IPT . Hubungan dengan Allah tu kena jaga . Hubungan dengan manusia pun harus dititkberatkan . Yang pandai , awak tak sepatutnya merendahkan yang kurang daripada awak . What if satu hari nanti , Allah kurniakan akal anak awak sama yang macam awak kutuk orang ? Hablulminaallah , Hablulminnanas . Jaga hubungan dengan Allah , jaga hubungan sesama insan . Sila jaga mulut awak . Ada batas kalau awak nak menang , biar berasas . Jangan memburukkan orang lain , then apa beza awak dengan dia bukan ?

Orang tak buat apa-apa tapi kita yang benci lelebih, fitnah 


kutuk tak tentu pasal. So what makes us difference? Apa 

yang baik dari Allah .




Kita balik kepada fitrah . Kita kembali kepada Pencipta . Redha dengan semua yang berlaku . Terima apa jua ujian , Allah sedang berbicara dengan awak semua . 

Insyaallah . Everything happens for a good reason .
Allah knows the BEST .

UiTM melaka . Here I come ! Ya Allah , permudahkan segala urusan . Berikan aku kejayaan didunia , kebahagiaan di akhirat.


Interview Mass Comm di UITM Melaka .
Friday, April 20, 2012 @ 4:20 PM |

Assalamualaikum .
Hi .


It has been a long time aku tak update new entry . Kalau nak dikira , in two weeks I guess . Aku sekarang dah macam lifeless punya orang je sejak dua menjak , tiga menjak ni . Out of blue , aku rasa macam nak lari jauh - jauh dari semua orang . Aku rasa macam nak menangis puas - puas . And , aku rasa macam nak jerit kat semua orang " Please , I'm begging you . Just , leave me alone " Aku kan unpredictable , so memang macam tu perangai aku . '________'
Last Sunday , aku pergi interview course mass comm UITM . Wehh , bila aku dapat tahu aku dipanggil untuk temuduga , I was likeeeeeeee .......... SPEECHLESS ! Aku happy gila nak mampus ! Seriouslyyy :D Bila aku dapat tahu aku dipanggil untuk interview tu , aku menangis gembira . Air mata aku dah nak jatuh tapi aku terpaksa tahan . BUT , haaaa . Ada tapi nya tu okayy ? Aku cuak wehh nak pergi interview tu . Aku takut gila . Sebab , aku tak tahu apa rupa bentuk kah interview tu akan terjadi . So , dengan keazaman yg kuat *ayat tak boleh blahhh , aku try search kat ENCIK GOOGLE tersayang about this interview lah . Then , bila google google aku terjumpa ah blog sorang perempuan ni *akak bukan perempuan '_____' . Dia story about dia pergi interview mass comm ni last year , dia bocorkan segala soalan ujian bertulis interview tu then aku pun macam ada instinct yang kuat untuk salin all those question . Then , aku google pasal current issue lately . Tak lupa juga , aku google about Senarai Menteri Kabinet , Senarai Menteri Besar :) *nampak sangat aku ni betul - betul minat mass comm kan ? Itu je benda yang aku minat selama aku hidup . Lagi satu yang aku minat LAW tapi dgn result 3 A yang agak sadis tu , mana lah layak nak apply , so aku undur diri je lah . Goodbyeee LAW :3 Takde jodoh kita bersama .

Before sehari , dua hari , tiga hari interview tu aku asyik mengadu dekat Emir yang aku takut , cuak , gabra , semua ada . Seriouslyyy , aku mengadu dekat dia yang jiwa aku dah tak tenteram . Then , aku ambil sikit masa untuk doa lebih dekat Almighty . DIA selalu ada dgn kita , tiap watu 24/7 kan ?

*aku skip cerita aku sampai UITM melaka . and , those bla bla bla .

BIla dah nak dekat pukul 2 petang tu , kaki aku dah menggeletar bagai nak gila . Kertas dekat tangan aku tu sampai nak jadi air bandung sebab tangan aku basah , ketakutan wehh . 

TETIBAAAAAAAAA -,-

" Semua calon yang menduduki ujian bertulis course mass comm , sila masuk ke Dewan Kuliah sekarang "

I was like , oh God . Aku kuatkan diri aku ni . Aku salam ayah , salam mama and cium pipi dorang . Aku dah nak nangis time tu . Apa yang aku buat selama aku hidup , selama aku dilahirkan seriouslyy semua nya aku buat untuk parents aku . Aku cuma harap , dorang mampu nampak , aku tengah berusaha untuk kejar cita -cita aku untuk bahagiakan dorang . Benda yang paling aku takut bila dorang kecewa dgn aku . Aku tahu dorang kecewa bila tahu result SPM aku teruk macam tu . Aku mampu buat dorang tersenyum bangga bila aku Darjah 6 , Form 3 and SPM ? AKU RASA MACAM NAK BUNUH DIRI ACTUALLY . But , I kinda being grateful . Bukan rezeki aku kan ?

Bila aku dah duduk and aku pandang je paper question colour with green kat depan aku tu . Aku senyum perlahan - lahan . Cer teka soalan apa yang dorang tanya ? Haaaaaa , sebijik soalan yang aku jumpa kat blog akak yang  aku google tu . Aku cuba ingat balik apa yang aku hafal tu . Then , aku tulis semua yang aku ingat dalam kertas tu .

1 ) What do you know about mass comm ?
2 ) Why you applied mass comm ?
3) What contribution will you do when involve in mass comm ?

Bila dah habis jawab ujian bertulis tu , kita orang diiringi seorang lelaki ni untuk naik pegi bilik temuduga . Ogg , almost forgot . yang hadir datang interview tu ada 32 orang totally . Ehh , tak campur dengan sesi pagi punya interview okayy ? Hee .

Bila kita orang dah sampai kat satu bilik tu , kita orang just sit around then aku ada lah borak - borak dgn 2 orang girl ni . Their name is Nadia and Mira . Kita orang borak - borak then disscuss pasal current issue , tanya sekolah mana dulu , result SPM and bla bla bla . Seronok dapat kenal dgn dorang actually . Sampailahhh , nama aku kena panggil . Aku berdiri then dorang semua wish good luck .

Bila dah nak masuk aku ketuk pintu then bagi salam and terus approach panel temuduga tu . Then , dorang suruh aku keluarkan sijil - sijil and semuanya yang berkaitan . And , FYI , interview ni 24 hours kena speaking london okay ? Cuba imagine sikit orang kuat makan tempe speaking london :3 HAHA

Me : The Original or the copy one ?
Lecturer : Both . Okay , you may seat .
Me : Thank you .
Lecturer : So , introduce yourself to us .
Me : Bla bla bla bla bla bla bla bla . I'm studying Mechanical Engineering at Sekolah Menengah Teknik Klang 
Lecturer : You taking Mechanical in school , so why you choose mass comm ?
*okay , tu soalan sensitive tu woyyyyy . haih . Then , aku mula ahh buat cerita sedih . Rasa sebak semacam .
Me : My father told me to study that course even he knew I hate that course .
Lecturer : So , you happy studying this course ?
Me : Absolutely not . I couldn't make it in my SPM .
Lecturer : Being an engineer is your father dream ?
Me : Yup . That's why I choose Mechanical course . Another reason is because I love my father . I rather see my father happy even I really hate that those engineering .
Lecturer : Why you choose mass comm ?
Me : I really love this course . I knew , I have future in this field . I have passion in mass comm . I prefer to communicate with people than work with objects and machine .
Lecturer : How did you know about mass comm ?
Me : Actually , I knew I've got talent to communicate with people , talk and standing in front of others since I involved with  " Forum Remaja Daerah Klang " . Then , my teacher sharing information about mass comm and ask me to apply mass comm in UPU form online .
Lecturer : So , what current issue happens in this week ?
*aku cakap pasal Bersih 3.0 , Pyongyang lancarkan roket but it seems failure , KL - Britain
Lecturer : Before we end this session , would you like to ask us anything ?
Me : Nothing , but I would like to say something . I'm maybe not good speaking in English , but I try to improve my interpersonal skills .

Then , aku bangun and straight salam the two lecturer yang interview aku tu .
lepas keluar je dari bilik tu , aku senyum and rasa lega gila . Alhamdulilah . Malam ni aku dah boleh tidur lena :D

Aku sediakan tips untuk sesiapa yang akan dipanggil untuk Temuduga IPTA dari apa - apa course sekalipun :)

  • Buat research pasal course yang bakal ditemuduga tu . Google , Bing , Yahoo or whatever yang kau mampu buat .
  • Actually , penampilan tu sangat penting waktu temuduga . Penampilan mesti menarik so that surrounds you have a good first impression bila nampak kau .
  • Tenang and rilex al the time . Believe that everything will be fine .
  • Yakin bila ditanya panel penemuduga tu . Jangan kasi sikit ruang pun untuk dia ragu-ragu dgn kau .
  • At last , DOA yang terbaik . Semoga dipermudahakan .
Lily nak ucapkan ribuan terima kasih utuk semua yang mendoakan , and maybe Lily dapat tempuh interview hari tu dgn berkat doa kawan - kawan . Terima kasih banyak -banyak .
Last but not least , Kepada ayahanda dan ibunda tercinta , thank's for the support and willing to accompany for this interview . And , my boyfieeeee , Emir Harith , thank's sudi tenangkan saya bila saya cuak about that interview . it really means a lot to me . thank's kongsi pasal semua Isu semasa and awak tak pernah muak dgr saya membebel bila saya tengah tak keruan minggu lepas . Thank's a lot :)

|


copyrightblogskinbySchaaalHassan

Owner entry LastStory




Maizura Zainal

Journalist-To-Be

Good girl , pray to Allah


You may leave each comment for my entry , here !

Shoutbox


My LINK <3

Follow myBLOG
Follow me atTwitter
Add me at Facebook







copyrightblogskinbySchaaalHassan