Sorry is not enough
Sunday, September 8, 2013 @ 3:47 AM |
Maafkan saya ,
Saya mengalah terlalu awal sedangkan awak pernah bertahan lebih lama dari ini.
Maafkan saya,
Saya kalah dalam apa yang pernah kita perjuangkan dulu.
Maafkan saya,
Sebab tak mampu menjadi yang terbaik dalam hidup awak lagi
Dan maafkan saya andai kata diri saya bukan lagi yang mampu membuat awak tersenyum.
Saya menyerah terlalu awal kerana saya tak sanggup melihat awak lukakan hati saya ,
Dalam saya rela menerima semua yang terjadi ini ,
sebahagian diri saya masih lagi mengharap awak kembali
Kembali menjadi seperti dulu.
Jujur saya akui ,
Masa yang kita habiskan bersama bukanlah tempoh yang singkat ,
Dan bukan mudah untuk saya lupakan semuanya tentang diri awak .
Kuat manapun diri saya cuba melangkah dari awak ,
hati saya masih lagi berpaut pada awak ,
kerana saya yakin ,
dan saya percaya,
Cinta yang kita pupuk dari dulu hingga sekarang,
tak pernah berubah walaupun sedikit walaupun setiap pertelingkahan membawa kepada permasalahan yang lebih besar.
Kerana menjadi kemestian untuk saya menyebut dan mengingati awak di setiap nafas yang saya hembus,
Dan sudah menjadi kebiasaan untuk saya berada di dalam lindungan dan kasih sayang awak yang tak pernah berbelah bahagi .
Mana mungkin senyuman yang selalu membahagiakan itu hilang dari ingatan ?
Kerana mulanya pengikat hati ini kerana sudah berpaut pada senyummu .
Mana mungkin dirimu hilang dari hati ini,
Kerana memang dari mula hati ini tidak berpenghuni kau telah pun menjadi gantinya .
Pergilah andai itu yang boleh membuat kau bahagia,
pergilah jika apa yang pernah kau pertahankan dahulu tidak lagi bermakna dan sia sia.
Pergilah kerana aku tidak menghalang dan aku sentiasa doakan kau bahagia .
Aku sudah cuba melakukan sedaya aku untuk membuat kau tetap bertahan,
Untuk melihat kau masih berada di sini,
Tak pernah hilang rasa sabar melayan setiap karenahku.
Aku tak pernah menyesal ,
menerima kau dalam hidup aku ,
Percaya yang kau akan berada selamanya dalam hidup aku,
Percaya yang kau akan tetap setia menanti,
Percaya yang kau akan berada di setiap tangisan.
Dan, percayalah.
Aku masih lagi perempuan yang kau kenal stahun lebih yang lalu,
perempuan yang kau jatuh cinta dalam setiap yang dia tuturkan dan perkatakan,
walaubagaimanapun kau melihat aku dalam pandangan yang berbeza,
Sebahagian dari diriku masih miliki itu .
Selamat tinggal , moga kau jaga diri .
Semoga kau bahagia .
Manusia suka cakap dengan cermin
Thursday, April 18, 2013 @ 6:17 PM |
Assalamualaikum .
Sumpah tahap bapak lama dia aku tak update blog . Ada sekali , masa sebelum mid term . Haram jadah nak kuat update masa lecture week .
Jadi sekarang saya tengah cuti sem . Sebulan lebih dan sekarang tengah berehat daripada mengalami mental breakdown masa Final Exam . Kacau bilau masa tidur, masa makan bila tgh final exam . Diri langsung tak jaga . Doakan result saya this sem ! Maintain 3 pointer ke atas dan insyaAllah , selamanya target saya nak Dean's List . Baru dapat rasa kepuasan belajar .
Maka , musim crush takkan pernah pudar ditelan dek zaman . Dan selamanya trending . Dengar daripada cerita kawan kawan , daripada mulut kawan kawan . Gembiranya dorang bila crush pandang dorang , sedihnya dorang bila crush dorang dah ada girlfriend / boyfriend . Tapi yang paling sedih bila dengar cerita dorang semua , they don't do any effort to approach them . That was the saddest part !
Cakap memang senang , nak buat susah . Rejection is more hurt than telling him/her that you like and adore her/him ? Like seriously ? Hm , manusia ada masing-masing punya pendapat . Rambut sama hitam , saiz hati lain lain . K , awak semua . For me , benda yang paling sakit sekali dalam dunia ni bila kita tak cuba satu benda yang kita sendiri tak tahu apa takdirnya . Kenapa menduga kalau belum mencuba ? Ohh , anda semua dah tahu dah akhirnya ? Okay , jadi sebab tu anda ambil keputusan untuk tidak memberitahu ? Baiklah , saya hormat keputusan anda semua . Isu ni takkan pernah habis , sampai bila bila .
Seterusnya , ada orang suka judge orang lain tapi malangnya dia cakap dengan cermin rumah dia . Saya tak baik mana nak tegur orang, tapi saya cukup berhati hati bila nak judge orang. Say fikir dua kali bila nak keluarkan perkataan yang berkaitan dengan appearance orang tu , tapi saya sebenarnya cukup muak dengan perangai dia . Sebenarnya saya tak boleh ngam dengan orang yang tak sedar diri . SANGAT TAK BOLEH NGAM . Lagi satu jenis orang yang saya tak boleh ngam , MANUSIA YG DENGKI DENGAN MANUSIA LAIN.
Biasanya orang cantik selalu banyak orang judge . Lepastu mesti ada mulut mulut bersuara ,
" ALA , DIA BUKANNYA CANTIK SANGAT PUN .BIASA BIASA JE "
Kata kata tu datang daripada mulut perempuan yg biasa - biasa sahaja rupanya .
Bukan nak letak level cantik tu tahap mana , tu semua ciptaan Allah . Kita pun tak boleh nak burukkan ciptaan Allah , mungkin ada sesetengah orang buat jadi gurauan tapi sesetengah orang sensitif maka pelihara mulut sendiri .
Tapi , malangnya dah cantik cuma tak ikut benda yang dah diaturkan . Nampak , saya judge orang ? Semua orang tak terlepas punya isu judge-judge orang ni . Sebab manusia hidup bukan nak puaskan hati semua orang . Saya judge orang , saya judge kawan kawan saya , tapi saya masih berkawan dengan dorang , masih lagi menjaga tutur dan kata , sebab kenapa ? Sebab saya fake ? BUKAN , sebab saya tahu dan sedar manusia buat silap dan manusia tak pernah sempurna .
Isu tudung dan free hair lagi tak pernah sejuk , selalu panas di timeline twitter .
Isu ni sangat sensitif wahai adik adik , janganlah membezakan wanita yg bertudung dan tidak .
Saya sendiri takut nak menyentuh isu ni , dan tidak akan pernah menyentuh sebab ilmu agama saya sendiri bocor celah sana dan sini .
*Tapi saya dah sentuh sebab saya tak tahan tengok drama di twitter
" Aku free hair at least aku berbudi bahasa tapi kau tak . Pakai je tudung "
Saya bertudung tapi kadang kadang saya juga mengeluarkan perkataan yg tak elok .
Saya bertudung tidak selabuh mana , kadang kadang tidak juga menutup dada .
Saya bertudung , tapi masih lagi buat benda yg haram *bertempuktampar dgn bf dan ajnabi
Maaf untuk sesiapa yg terasa , yang bertudung pun colour kuku sana sini macam rainbow , colour rambut sana sini macam warna tudung 3 layer tu . Siapa saya nak judge anda yg free hair ?
" At least aku pakai tudung , dari kau yang tayang rambut kau tu "
Jangan salahkan tudung kami , tudung kami tiada dosa . Malah tudung kami masih lagi bermanfaat menambah lubang lubang yang tidak cukup sempurna ditutup.
Susah saya nak cakap benda ni sebab agama saya cetek . Bagi saya seorang wanita yg betul betul baik budi bahasanya ,
Wanita free hair tapi tutup seluruh badannya . Masih wujud wanita seperti ini .
Wanita bertudung yang mengikut bagaimana syaraknya . Alhamdulilah , semoga terus berhijrah !
Saya bukan nak ajar macam mana cara bertudung ikut syarak , saya sendiri pun tidak .
Saya cuma bermaksud anda bertudung , jadi tunjuk lah anda wanita bertudung . Kotor di dalam , biar kita dan Allah yang tahu . Tunjuk yang elok elok di luar , semoga tiada siapa memfitnah kita . Untuk diri saya juga . Apa yg saya cakap ni semua , kena dekat batang hidung saya juga .
Kalau ada yg terasa , mohon maaf awal awal . Sekadar luahan mata saya , juga minda kerana ini untuk ingatan saya juga .
Semoga buka minda , kerana saya tidak sempurna mana .
MANUSIA.SUKA.DRAMA
Tuesday, January 29, 2013 @ 10:58 AM |
Assalamualaikum .
Sebenarnya saya dah agak . Saya akan mengambil masa yang sangat lama untuk mengupdate post baru . Alhamdulilah , semester kali ni semua berjalan lancar cuma minggu ni hectic sikit sebab next weet ada mid term for 3 subject . Please , imagine uban tumbuh kat kepala saya sekarang sebab pening nak ingat semua benda . *cut the crap
This sem saya belajar control pembaziran duit yang keluar . Semua berjalan lancar pada mulanya , tetapi resultnya gagal . Saya memerlukan bengkel motivasi " JANGAN KELUAR DUIT " .
Alhamdulilah , proposal for research semua dah hantar . Tinggal nak submit full research at the end of sem . Week 13 .
Tapi , that day saya gagal kawal emosi saya . Saya menangis sebab sekarang saya sedar separuh daripada manusia ataupun boleh dikatakan semua memang ada sikap pentingkan diri sendiri . Bila nak , baik baik . Bila tak nak , pandang pun tak hingin . Awak awak semua . Saya pun bukan baik sangat nak ikut je semua rentak awak . Saya pun ada hati , jadi jangan salahkan saya bila kebaikan yg saya bagi awak , tapi lepas ni awak dah tak ada peluang untuk ambil kesempatan dari kebaikan saya tu .
Sekarang saya belajar nak faham manusia . Sekarang saya jumpa macam macam jenis manusia . Sem 1 pun pernah jumpa , tapi this sem saya jumpa lebih ekstrem . Saya tak boleh bayangkan bagaimana seorang yg berpendidikan tinggi dan berpelajaran tetapi lebih suka menyorok kebenaran supaya keadaan akan jadi lebih terkawal . Awak yg rasa awak seorang yg sangat profesional tu , awak tahu tak masalah akan sentiasa ada di mana mana ? Awak rasa awak dah cukup pandai mengawal keadaan tu dengan menutup kebenaran ? Cuba awak renung balik Diploma , Degree, Master or PhD awak tu . Dengan semua yg ilmu awak ada , awak rasa sembunyikan kebenaran je alternatif paling senang untuk difikirkan apabila menyelesaikan masalah ?
Awak berpendidikan , tapi awak tahu tak prinsip JANJI ? Bila awak dah janji dekat org bawah awak jumpa pukul 1.30 pm , silalah datang ikut masa yg awak janjikan . Awak lewat sebab ade meeting ? Jadi kenapa nak berjanji awal kalau awak dah tahu awak memang ada urusan ? Awak patut malu dengan diri awak sendiri . Awak berpendidikan tinggi tapi awak selalu omong kosong . Awak suka cakap benda tak serupa bikin . Awak mulut manis , tapi malangnya mulut cuma sekadar mulut .
Saya rasa saya dah penat dengan semua drama . Saya nak hidup dan berbakti untuk diri sendiri dan org yg perlukan saya .
P/s : Saya suka class madam ash :)
" Berpuasa jika belum mampu "
Wednesday, November 28, 2012 @ 11:55 AM |
Assalamualaikum .
Maka , semasa entri ni saya sedang menghitung hari untuk balik ke Lendu .
Saya sangat rindukan Lendu *Tangandibahu , mata ke atas*
Ehh , mestilah saya rindukan Lendufornia . Saya rindu pasar malam , jalan jauh menapak ke kelas , float kat Bentara and all my friends . Rindu duhh nak masuk kelas , kemudian gelak gelak then habis kelas . Itu je yg aku belajar . HAHA
Baru berapa hari lepas , ibu Emir ajak breakfast sama - sama . Jadi , ibu and Emir datang rumah and jemput saya . And , semalamnya sebelum breakfast , Emir datang rumah saya , borak borak dengan ayah and mama . Terima Kasih Emir untuk semua memori . Even , kita selalu bercakar , bergaduh , awak tetap istimewa dalam lubuk hati ni . Cewahh . Biarlah semua org cakap kita ni gaduh baik gaduh baik gaduh then baik balik sampai kita sendiri dah muak kan ? Tapi , kasih tu tetap tak berkurang . Tak boleh letak love you till jannah kat sini . Nanti org bash sebab cinta antara kaum bukan sejenis sebelum nikah ni kan duniawi . Kan kan ?
Emir selalu cakap ,
" Saya nak jadikan awak isteri saya . Saya dah berniat nak nikahi awak "
Jadi saya pun cakap ,
" Jum kahwin "
Jauh di sudut hati sana ,
" Tapi saya takde duit . Sy belum kerja . Sy nak bagi awak makan apa nanti ? Nak bagi duit shopping pun tak lepas "
Maka ringkas sahaja jawapan saya ,
" Jadi , berpuasalah awak kalau belum mampu untuk bernikah dengan saya "
Saya sedang mengkaji satu buku yang saya baru beli minggu lepas . Tajuk buku tu
" Kahwin Sekarang? Siapa Takut "
Jadi risikonya membaca buku ini adalah ingin segera untuk berkahwin . Saya akan update entri mengenai buku ini selepas saya habis membacanya okay ? Haha . Sebenarnya , bila baca buku ni . Sy terus nak ceramah si Emir dan mood ala ala ustazah mula masuk diri ni :) cewahh .
Semoga ketemu lagi di entri yang akan datang .
Goodbye you ollssss !
Ini baru namanya kawan !
Friday, November 16, 2012 @ 1:50 AM |
Assalamualaikum .
Bila tengah duduk sorang - sorang melayan diri macam ni , banyak benda yg menerjah ke kepala . Macam-macam benda . Dan bila difikirkan balik , pengalaman tu sama banyak macam angka usia makin bertambah dan kedut kat muka mula nampak . Dan rasanya baru semalam , aku habis SPM . Rasanya baru semalam , gelak ketawa dgn kawan - kawan dalam dorm . Dan rasanya baru semalam , ponteng kelas lalu menyerong ke tandas . Dan rasanya baru semalam , kenal kawan - kawan seperjuangan menuju dewasa . Dan rasanya baru semalam , menangis sebab rasa diri ni banyak sangat di uji serupa pahlawan kat medan perang nun sana . Tiada yang benar melainkan yang benar - benar belaka .
Usia bertambah . Pengalaman makin banyak . Tempat orang makin rancak aku pelajari budayanya.
Lain tempat , lain pengalaman maka lain kawan yang aku dapat . Lalu , tiap kawan yg dapat kasi satu memori yg beda betul rasa indahnya . Dia punya memori , memang semuanya tak pernah boleh padam .
Bagi aku , cara aku berkawan dengan tiap orang yang aku jumpa lain caranya . Yang begini , cara dia lain . Yang begitu ,cara dia lain . Ada cara aku bentuk kawan baik aku dengan aku luahkan segala rasa isi hati dengan dia . Ada cara aku bentuk kawan baik aku dengan menangis bila aku rasa aku dah tiada siapa . Ada cara aku bentuk kawan baik aku , dengan memanggil dia bitch and slut . Begitupun salah satu cara . Ada cara aku bentuk kawan baik aku , dengan berlaku baik dengannya , tak berkira dalam semua benda . Dan bagi aku , kalau nak bentuk kawan baik yang selamanya ada dengan kita tak kira masa , kita kena give and take dalam semua hal .
Tapi aku bukan baik sangat sampai nak dapat kawan baik yang betul - betul baik . Senaraikan kawan korang yang mana je yang tak pernah cakap belakang ? Benda tu benda normal . Lumrah kehidupan . Kalau nak cakap pasl tikam belakang , kawan makan kawan . Tu semua memang trend berkawan . Cuma kita kena sedar , berapa jauh kita mampu telan semua benda . Bagi aku , aku kawan dengan semua orang . Walau jahat mana aku buat kawan aku , aku sindir perli setepek dorang kena lalu jatuh , mesti ada sezarah kebaikan dan kasih sayang yg aku pernah bagi . Sebab dorang , kawan aku .
A friend is one of the best things you can be and the greatest things you can have.
# 2007 - 2012 . I love you guys . Like forever . Hands down . ( Secondary School )
A Friend Like You. A friend like you is like no other friend. A friend like you is a friend I don't regret meeting. A friend like you is like a friend I cant scream at or fight with. A friend like you is like having no worries in my life. A friend like you is a friend that I don't want to lose. A friend like you is like being in comfort all day. A friend like you is a friend I always wanted.
 |
| Jamuan Raya |
 |
| Cempaka 2 . satu dorm utk 2 tahun . Sy acah acah adik mereka sbb dorang register hostel sebelum sy . Senior Alert . Senior Alert . |
 |
| Peng . Kejuruteraan Mekanikal Batch 2010/2011 |
 |
| My bro . My Sista . Serious talk . |
 |
| Celebrate birthday faizal :) |
 |
| Zaman muda muda dulu mmg selekeh habis +GT7 |
A friend like you is awesomely, awesome. A friend like you is random and funny. A friend like you is a friend that I love to death and i will never let go. A friend like you is a friend I can tell all my secrets to. A friend like you... A friend like you is like the little sister I've always wanted. A friend that I can go to to tell them whats wrong.
 |
| MMC / E Dip in Komunikasi dan Peng . Media |
 |
| Merdeka Hati Malaya . Event with Part5 :) |
A friend like you is like having no dark days because you brighten them up. A friend like you is a friend that opens up my eyes and helps me avoid bad things. A friend like you is a type of friend that laughs at dumb things I say or do. A friend like you is a friend I am proud to call my best friend.
Saya sedih . Saya rindu mereka . Saya rindu tiap kenangan yang saya ada dgn mereka .
They're too meaningful for me . And , I really hope our friendship will last forever . Like forever .
I miss you guys , big time . Hands down ~
*SuratKecilUntukSahabat
Coming soon . Ciao
Thursday, November 15, 2012 @ 12:22 PM |
Assalamualaikum .
New blogskin .
New update soon .
Ciao .
I adore her . Malah sy menggunakan gambar beliau sebagai background laptop dan laman twitter !
Warkah Buat Bakal Suami #2
Monday, October 22, 2012 @ 9:38 PM |
Assalamualaikum , bakal suami .
Ya , kita bergaduh .
Seringkali terjadi pertelingkahan kerana kau menganggap ,
yang kau rasa itu lebih baik .
Dan aku merasa apa yang kau rasakan itu kurang baik daripada
apa yang ku rasa .
Jadi bila semua benda ini berlaku ,
apa yang kita berdua akan buat wahai bakal suami ?
Aku dengan egoku ,
mungkinkah kau akan mengalah ?
Kau dengan egokau ,
dan yang sudah pun kau ketahui ,
aku tak pernah akan kalah .
" Bakal suami , kau cintakan bakal isterimu bukan ? "
" Kau nyawa dan aku cintakan kau , bakal isteriku "
" Jadi mengalah lah demiku kerana aku sukakan kemenangan "
" Kalau itu yang menjadi keinginan kau dan mampu buat kau tersenyum , baiklah "
Ya , aku sering didatangi emosi yang kian berubah .
Aku marah kau , bakal suami .
Aku maki kau , bakal suami .
" Kau itu , kau ini , kau situ dan kau sini "
Aku lempar kata kata yang terpacul dari mulutku ini ,
sesuka hati aku .
Janji aku puas .
Aku harap kau faham , mengapa aku begitu .
Kau faham kan , bakal suami ?
Jadi bila semua benda ini berlaku ,
apa yang kita berdua akan buat wahai bakal suami ?
Kau akan biarkan aku dengan kata kata yang meruntuhkan hatimu ?
Kau tidak tahan dengan fiilku dan berlalu pergi ?
Jangan , bakal suami .
Kerana aku , ingin melihat wajah kau apabila tersedar daripada tidur esok .
"Bakal isteri , kau cintakan bakal suamimu bukan ? "
" Kau bakal imamku dan aku cintakan kau , bakal suamiku "
" Jadi jangan layan aku sebegitu , aku bukan tempat kau lemparkan kata-kata sebegitu , bakal isteriku "
" Kalau itu mampu membuat kau bahagia dan mendoakan aku dalam solatmu , baiklah "
Bakal suamiku ,
Kau tahu dan lebih mengenali diriku .
Kau tahu aku tidak berniat menyakiti hatimu .
Mana mungkin aku menyakiti insan yang aku sayang .
Jadi , fahamilah . Jika terhiris hatimu kerana kelakuanku ,
Maafkanlah aku . Sesungguhnya , syurga seorang isteri terletak di kakimu .
Ini untuk awak . Saya sayang awak sampai bila - bila .
Bila Kau ...........
Tuesday, September 4, 2012 @ 3:49 PM |
Bila kau dah cuba sedaya upaya ,
tapi tiada seorang pun yang menghargai .
Bila kau korbankan kebahagiaan kau sendiri ,
tapi tiada seorang pun yang mampu melihatnya .
Bila kau perlukan kekuatan dan sokongan dari seorang insan ,
tapi tiada seorang pun yang sanggup melakukan begitu .
Dan ,
Bila kau jatuh kerana kekalahan ,
tapi tiada siapa yang menghulurkan tangan menarik kau kembali .
Hati kau mungkin sakit ,
tapi tiada siapa yang mampu faham kesakitan kau .
Kau mungkin tersenyum dan berjalan seolah kau bahagia ,
tapi tiada siapa faham betapa kau sedang menahan air mata dari terus terjatuh .
Kau masih lagi kuat untuk orang sekeliling kau ,
padahal kau tak sekuat tu dan kau sangat lemah .
Terlalu banyak yang ingin kau katakan ,
tapi tiada siapa yang ingin mendengar malah mereka rancak bercerita kisah mereka .
Dan kau terdiam .
Kau senyum .
" Takpelah , kau lagi penting . Kebahagiaan kau lagi penting . Aku faham "
Kau tersenyum lagi .
Kenapa tidak kau lepaskan kemarahan kau ?
Kenapa tidak kau beritahu mereka isi hati kau ?
Kenapa tahan kesedihan kau sendiri ?
Tiada siapa dengar . Tiada siapa faham . Tiada siapa kisah .
Terima Kasih .
5 Syawal , beraya di TS :)
Friday, August 24, 2012 @ 2:56 PM |
Assalamualaikum
Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir dan Batin .
It's already 6 Syawal dan saya tidak menulis post tentang syawal hal ini kerana saya tidaklah beraya sakan pada tahun ini . Cukuplah ala kadar sahaja . *tupasal aku tak balik kampung , kalau tak aku raya sakan -,-
Semalam 5 Syawal dan saya beraya bersama abang sayang saya , siapa siapa ?
E to the M to the I to the R , Emir ! Emir ! Hooooo ! *lame tak buat cheers ni untuk dia .
BUT , ' beraya ' di atas tidak bermakna saya dtg ke rumah dia dan beraya serta sebaliknya tetapi kami berjumpa dan berkunjung ke TS , first place kami berjumpa setelah mengalami CINTA MUKA BUKU . Kisah cinta kami boleh buat novel kayy ? *adik aku cakap . Complicated sangat.
 |
| Muka eksited nak g dating ! HAHA |
Kami memang decide nak jumpa semalam , so alhamdulilah . Diketemukan juga setelah 3 bulan tidak berjumpa . Hal ini kerana , kami menyambung pelajaran kami di UiTM . Utara - Selatan tahu ? Dia dekat Penang , saya dekat Melaka . Nampak tak kenapa kami selalu bergaduh ? Tapi , Emir cakap kami kena banyak bersabar dan ini merupakan pengorbanan . Nasib baik ada Skype , tempat kami berjumpa dan Digi tempat kami melepas rindu . HikHik .
Straight to the point , macam biasalah kalau nak pergi KL tu , sy kena naik KTM dan begitu juga dia .
Tapi , kali ni ajaib sangat . Nak tahu kenapa ? Sebab sy sampai dulu kat KL Sentral sebelum Emir . Ajaib tahu ? Sebelum ni tak pernah pun , selalunya dia yang kena tunggu saya . Tapi semalam sy tunggu dia kejap je . Dalam 10 minit , tu pun tak rasa . Sebab sy berjalan sana sini , tengok buku , tengok2 baju . HAHA .
Lepas saya dah nampak muka dia , saya terus senyum . Nak menangis pun ada . Anda semua tidak berada di tempat saya , maka nada tidak tahu perasaan sy .
Sepanjang perjalanan nak pergi TS tu , dia asyik cakap benda yang sama je .
" Rindunyaaa , Comelnyaaa , Rindunyaaaa . Comelnyaaaa "
Ye wakk , sy pun rindukan awak . Dan , saya tahu saya comel *buatmuka -..-
Sampai je kat TS , kami pergi cari tempat makan sebab sy dgn dia tersangatlah lapar . Lagi-2 saya . Sy yg merengek nak makan je kerja . Emir tanya nak makan apa , aku pun tak tahu lah nak makan apa . Last-2 , nampak Nando's terus decide nak makan kat Nando's . Sy order macam2 , Emir pun ikut je . Dia tahu sy suka makanan . Huhu .
Masa tengah tunggu makanan , dia bagi barang2 yg dia nak bagi kat aku . Dia bagi kadraya ,and he bought kain pelikat and kain batik for both of my parents and kad raya too . Then , dia bagi patung pink minnie comel yg kecik , yang dijadikan accessories for my awesome tab . Dia pun ada tapi warne biru and he put that blue minnie at his tab and me as well .
Lepas dah habis makan , kami jalan satu TS and shopping *sakit kaki tak hilang lagi ni .
Emir belikan macam - macam untuk aku , seriously macam - macam . Dia suruh pilih baju mana- mana yg aku suka , then suruh pilih handbag . Oh gosh , banyak gila kayy ? Then , dia belikan kasut . Mula-mula dia nampak satu kasut warna turqoise , maybe dia pilih kasut tu same dgn colour baju and handbag yg aku pilih tapi saiz tu besar dan takde saiz utk kaki aku . and , we decide to buy that shoes tapi colour cream . Anyway , thank you so much biyy ^^
And saya pun ada belikan baju untuk dia , saya bukan GF yang kejam -,-
Kemeja Romp and FOS . Yg FOS tu sy belikan utk dia kat Melaka . Sebab haritu teringat kat dia . Hihi .
Dah nak petang , and kami decide nak balik . Emir ajak naik teksi nak balik KL Sentral tu . Bila dah ada kat dalam teksi tu , aku betul2 rasa macam pelancong . Like seriously . Dah sampai je KL Sentral , dia belikan tiket KTM untuk aku and aku belikan dia air mineral . Bila tgh tunggu KTM , syahdu kayy ? Tahukan yg KTM Seremban dgn Klang sebelah-2 and bayangkan salah sorang kena tengok yang lagi sorang pergi dulu . And , aku selalu jadi mangsa . Haih . Sebenarnya nak menangis , tapi takut Emir yg keluar balik dri KTM and tak nak balik . HAHA . Sebab pujuk aku . I love you biyy . I love you so much .
THANK's A LOT SAYANG FOR :
- TUTTI FRUTTI
- Blouse Turquoise and Royal Blue
- Handbag Turquoise
- Cream Shoes
- Nando's
- Melody Doll - skrg nama dia Aishhh . And malam tadi tidur hug Aishhh sampai taknak lepas .
- The big one greeting card . Kad raya paling besar yg sy pernah dapat .
- Perfume
- Civil Engineering T Shirt . Saya murtad course . Mass Comm ----> Civil Engineering
- Minnie Pink Accessories Tab
- DUIT RAYA ( RM 50 ) . HUHU . I 've got duit raya from him . Jyeahhh ! Tak nak guna pun ~
 |
| Dalam monorel ke jln imbi . * sy suruh awk pandang camera , awk pndg tab -,- |
Emir Harith , saya janji saya akan cuba sedaya upaya saya untuk tidak sakitkan hati awak lagi.
Awak selalu dengar apa yang saya cakap , apa yg sy mintak , apa yg sy nak .
awk selalu cuba untuk bertoleransi dgn sy , sy nampak usaha awk .
Tapi , sy nak awk tahu . Sy tak pernah tipu awak , sy jujur dgn awak . awak kena tahu tu .
Sy sayang awak sorang . Takde yang lain . Awak sorang je . Saya cuma ada awak . Emir Harith .
*Sorry tercampak tab awak . Siapa suruh tunjuk muka saya time tua ? Saya pun terkejut -,- HAHA
Walaupun awak menghancurkan :)
Thursday, August 16, 2012 @ 1:39 PM |
Assalamualaikum .
Dah lama aku tak update blog sebab jadual aku sangat pack sekarang .
Even tiada kelas sekalipun , waktu tu aku habiskan dgn membuat assignment yang sangat menimbun .
Saya dengan Emir ?
Macam tu lahhhhh .
Tiap minggu bergaduh , tapi alhamdulilah masih bertahan sampai sekarang .
Dan hubungan kami masih bertahan sampai sekarang kerana dari sifat sabar dia .
Sabarnya dia melayan perangai dan marah aku .
Kadang - kadang aku bertanya pada diri aku sendiri ,
" Bila sabar dia nak hilang ? "
Benda yang selalu buat kami bergaduh , kadang- kadang kecil dan yang selalu dibesarkan oleh kami .
Sifat cemburu yang tak boleh hilang dari diri dia ,
Dan juga ,
Sifat marah aku yang tak boleh hilang dari dulu .
Kadang - kadang aku maki dia ,
Dan , dia menangis .
Kadang- kadang dia meninggi suara ,
Dan , aku menangis dalam diam .
Percayalah , even macam mana teruk sekalipun aku layan dia,
orang nak cakap aku perempuan jenis apapun buat lelaki yg dah banyak berkorban untuk aku macam tu ,
Satu je yang aku nak ,
Aku nak dia tahu yang aku sayang dia ,
Aku nak dia percaya dekat aku ,
aku tak pernah sayang , suka atau adore dgn lelaki lain .
Aku nak dia percaya kat aku ,
Aku nak dia sedar ,
Dia paling istimewa dalam hati aku .
Bukan aku tak pernah bersyukur aku dapat dia ,
Aku lah perempuan paling bersyukur kat Bumi Allah ni ,
sebab aku tahu , bukan senang nak jumpa lelaki yang sanggup menangis berkali-kali untuk seorang perempuan .
Bukan senang nak jumpa lelaki yang sangat sabar dengan karenah seorang perempuan mcm aku ,
Bukan senang nak setia dgn seorang perempuan walaupun mempunyai raut wajah yang kacak .
Macam dia :)
Dia selalu cakap ,
Dia sayang aku ,
Dia setia dengan aku seorang ,
Dia tak pandang perempuan lain ,
sebab takde seorang perempuan yang boleh tandingi aku .
terima kasih awak , saya sangat menghargainya :)
Kadang- kadang saya tak tahu apa punca yg boleh buat kita gaduh besar ,
sampaikan kadang- kadang saya dah tak mampu nak menangis lagi .
Saya biarkan je benda tu jadi ,
Sebab saya tahu ,
Semuanya akan jadi baik macam dulu .
Hati sy ni dah muak nak hadap benda yg sama tiap hari ,
Sampaikan kawan saya tanya ,
" Kau tak rasa marah ke dia buat macam tu ? "
" Hati aku ni dah terlampau kuat sampai tak ambil hati langsung utk semua benda tu "
Kita jauh , saya faham .
Kita jarang jumpa , saya faham .
Awak kongkong saya , yang tu saya tak faham .
Awak tahu ? Makin awak kongkong saya , makin hati sy memberontak .
Sebab sy bukan jenis perempuan yang boleh diikat .
Sy suka kebebasan , tapi bukan bermakana saya lupa awak dalam hidup saya .
Dan awak kena tahu ,
Teruk mana pun saya maki awak , layan awak .
Saya tak pernah benci awak .
Walaupun tiap kali awak buat saya kecewa .
The things gonna be alright , I knew :)
Sunday, July 15, 2012 @ 10:54 AM |
Don't tell them to be with you 24/7, it won't happen. Appreciate and tell them you're glad they are there to support you, always.
Love someone because of Allah, Allah will make it last for ever. Leave someone because of Allah, Allah will give you someone much better.
There can be one person you can count on for a lifetime,and it can be the same person who's been standing beside you all along
Kenapa saya selalu lawan apa yg awak cakap ?
Sebab saya tahu sy betul , sy ade perasaan dan saya juga ada hati . Saya bukan hidup untuk dengar cakap orang . Sy bukan hidup atas arahan orang lain yg belum tentu lagi ada hubungan halal dgn sy . Sy masih lagi ada hak untuk buat apa yg sy suka eventhough sy syg awak dan sy tak boleh hidup tanpa awak .Jadi , bila awak suruh sy buat itu dan ini , awk kena faham sy bukan hamba awak untuk buat apa yg dapat puaskan hati awak . Tapi , kalau apa yg awak suruh untuk kebaikan sy , awak boleh cakap baik- baik dan sy ni bukan org yg tak boleh terima pendapat orang lain . Kalau hati sy ni keras , tak boleh terima pendapat org lain , sy takkan pakai tudung . Awak kena faham , dalam hidup sy , sy nak buat macam - macam benda . Kalau betul awak faham sy , awak takkan pertikaikan apa yg sy nak buat dalam hidup sy .
Kenapa saya selalu marah - marah tanpa sebab ?
Saya tak marah tanpa sebab . Kalau sy marah mesti ada sebab . Kadang - kadang awak akan bercakap , dan kadang - kadang setiap percakapan awak akan membuat saya terasa . Sy tahu awak bercakap secara tidak sengaja , dan bila sy dah tahu awak tiada niat untuk bercakap begitu seharusnya sy mengerti tapi maaf awak lebih mengerti sy . Sy sensitif dan awak tahu tu . Maka , mengapa tidak awak bercakap lembut- lembut dgn sy bila awak tahu sy terasa ? Kenapa skrg bila sy terasa dan diam , awak mudah meninggi suara ? AWAK yg sy kenal dulu bukan macam tu . AWAK yg saya kenal dulu sgt lembut hatinya . AWAK takkan marah saya walau apa pun sebab dan musababnya . AWAK pergi mana ? Saya rindu awk yg dulu :(
Dah banyak kali sy cakap , sy tak suka org kawal hidup sy . Tapi ? Itu yg kerap awak buat dan sy faham itu kerana awak sayang saya . Saya faham , awak sayang saya sampai awak sendiri tak tahu nak cakap macam mana . Saya pun macam tu . Sy sayang awak sampai sy sanggup tukar itu dan ini dalam hidup sy , sy ubah prinsip sy , sy hilang ramai kawan sy . Awak kena faham , bila sy sanggup hilang kawan - kawan sy , awak sgt bermakna dlm hidup sy .
Kalau betul awak sayang sy , awak pasti faham dalam setiap apa yg saya cuba katakan . Kalau awak betul syg sy , pasti awak akan mengalah dgn setiap apa yg saya lakukan yg melukakan hati awak tanpa mengukitnya kembali . No matter what , no matter how .
 |
| Emir , saya nak awak yg dulu :( |
Mungkin kadang - kadang sy macam tak ambil berat pasal awak . Sayang , awak kena tahu awak orang yg paling sy sayang selepas family sy , jadi mana mungkin sy tak ambil berat pasal awak ? Awak tahu bila sy penat , sy sendiri tidak mampu nak buat itu dan ini . Dan bila awak mengadu itu dan ini , sy faham cuma sy tak mampu untuk mengeluarkan suara sy yg saya sangat risau akan awak .
Awak cemburu dan sy tahu tu . Tapi awak kena tahu , sy sayang awak dan sy tak mungkin nak tinggalkan awak dan pergi dekat lelaki lain . Belum tentu sy dapat jumpa lelaki yg macam awak dan sebaik awak . Awak kena faham , dgn berapa ramai lelaki pun sy berkawan , awak tetap satu dekat hati sy yg sy pilih untuk harungi hidup ni bersama . Sebab sy tahu , sy tak boleh hidup tanpa awak . Dan awak pun tak boleh hidup tanpa sy .
Satu je pesan sy untuk awak , mungkin je sy masih lagi milik awak sekarang . Tapi , jgn bila saya betul - betul dah tak tahan dgn hidup yg macam ni dan sya pergi dari hidup awak . Sy masih bertahan di sisi awak , sebab sy tahu saya masih lagi syg awak . Even macam mana pun awak layan sy , sy tetap syg awak dan tak pernah berkurang . Awak kena tahu tu . Jgn sampai orang yg awak sayang pergi dari hidup awak sebab kepuasan hati awak dan awak akan menyesal kemudian hari . Masa tu , awak tak mungkin akan dapat saya balik .
Deeply from my heart . saya betul - betul rindukan awak yg dulu . Emir yang lembut hatinya . Kerana itu saya jatuh cinta padanya .
No matter what , I still love you . Take care , babe <3
New Life , New Journey . Keep in faith ! #Induction and FESKOM
Wednesday, July 4, 2012 @ 9:54 AM |
Assalamualaikum .
Fuhh ! Fuhhh !
Bersawang habis blog ni since aku start register study dekat UiTM . Aku takde masa nak buka blog and update sebab seminggu masuk sini dah start dgn MDS , then seminggu lepas tu kena adapt dengan new environment and place . Busy nak uruskan itu dan ini dan sekarang alhamdulilah aku sedang meng-update entry baru :D Jangan nak nafikan kalau ada orang rindu nak baca entry aku . Kan kan ? HAHA
Most of my friends dah tahu yang aku further study kat UiTM Kampus Alor Gajah Melaka , a.k.a UiTM Lendu London . *nak jugak ! HAHA
Dekat sini aku study course Dip in Mass Comm , initial for Diploma in Communication and Media Studies .
Nak dipendekkan cerita , actually aku nak update pasal Induction Faculty . Haaa , the best moment ever ! Like seriously . That induction dah lepas dah , hari sabtu yg lalu .
Saya baru lepas meng-download gambar induction malam tadi dari seorang senior Mass Comm . Abg Umar :D Hewhew . Tapi saya meng-download byk gambar senior je lah sebab dorang tulang belakang yang menjayakan this Induction .
 |
| Abg Hazim Shauqi - NYDP 2 KOMED |
 |
Akak Amal Haziqah - NYDP 1 KOMED
|
 |
| Abg Kamarul Ariffin - Bendahari KOMED |
 |
| Akak Putri Haziqah (PutZ)- Exco P.Awam dan Alumni |
Kalau tengok bebetul , akak Putz ni muka dia macam Lisa Surihani . A few of mass comm student akan sebut nama this senior macam ni ,
" PUT with The Zee (Z) at the back ! " HAHA .
 |
| Kak Mira Afilla - Exco Seranta |
Kak Mira ni jadi emcee for the induction event with abg Ipin .
 |
| Abg FooFee - Exco Multimedia dan Montaj |
Abg Foofee ni budak part one dah kenal dia start dari MDS . Some of them memang tak suka sgt dgn Abg Foofee masa MDS , mula - mula je lah tak suka kan ? Sebab dia ni suka ambil gambar org tgh tidur then buat montaj .
 |
| Akak Naffiz - Exco Sukan Rekreasi Dan Kebudayaan |
Akak Naffiz ni anak retisssss :D Pelakon Liza Abdullah tu . Yang berlakon dalam Mimi Mencari Cinta kat Astro Ria tu . Hewhew :3
 |
| Abg MubinZ - Exco Publisiti dan Media |
We call him same goes with Akak Putz . Mubin with the Zee (Z) at the back !
Exco dan MT KOMED yg lain punya gambar ada yang tak didownload so tak dapat nak diupdate . Maaf ye akak-akak dan abg-abg . Tapi saya masih ingat setiap org daripada anda :)
Then , that Induction got a Flash Mob . Semuanya senior yg involve . Dorang buat persembahan untuk kita org . Dorang menari macam - macam lagu . Aigo ! Saya ada video dorang menari :D Hehe .
#FLASHMOB
 |
| Add caption |
We have been declared as masscommers !
Kita org dimandikan dengan tepung serta air . Terima Kasih senior ! We all have a good time together :)
BEST MOMENT :D
#FESKOM2012 - Festival Komunikasi 2012
 |
| With abang Mubin with The Zee at the back :D |
The Induction And FESKOM was the best moment ever to start new life as masscommers !
Mass Comm is my passion . Being a journalist is my dream . Pray for me guys .
 |
| This is me . The new me :) |
If you can't be positive everything from Allah,
how can you expect good things come to you?
At least you believe that as long as you be positive and have faith in Him ,you'll be fine.
Things gonna be fine.Back to normal/even much better.
|
copyrightblogskinbySchaaalHassan