Bila Kau ...........
Tuesday, September 4, 2012 @ 3:49 PM |
Bila kau dah cuba sedaya upaya ,
tapi tiada seorang pun yang menghargai .
Bila kau korbankan kebahagiaan kau sendiri ,
tapi tiada seorang pun yang mampu melihatnya .
Bila kau perlukan kekuatan dan sokongan dari seorang insan ,
tapi tiada seorang pun yang sanggup melakukan begitu .
Dan ,
Bila kau jatuh kerana kekalahan ,
tapi tiada siapa yang menghulurkan tangan menarik kau kembali .
Hati kau mungkin sakit ,
tapi tiada siapa yang mampu faham kesakitan kau .
Kau mungkin tersenyum dan berjalan seolah kau bahagia ,
tapi tiada siapa faham betapa kau sedang menahan air mata dari terus terjatuh .
Kau masih lagi kuat untuk orang sekeliling kau ,
padahal kau tak sekuat tu dan kau sangat lemah .
Terlalu banyak yang ingin kau katakan ,
tapi tiada siapa yang ingin mendengar malah mereka rancak bercerita kisah mereka .
Dan kau terdiam .
Kau senyum .
" Takpelah , kau lagi penting . Kebahagiaan kau lagi penting . Aku faham "
Kau tersenyum lagi .
Kenapa tidak kau lepaskan kemarahan kau ?
Kenapa tidak kau beritahu mereka isi hati kau ?
Kenapa tahan kesedihan kau sendiri ?
Tiada siapa dengar . Tiada siapa faham . Tiada siapa kisah .
Terima Kasih .
|
copyrightblogskinbySchaaalHassan