i love my life
Sorry is not enough
Sunday, September 8, 2013 @ 3:47 AM |

Maafkan saya ,
Saya mengalah terlalu awal sedangkan awak pernah bertahan lebih lama dari ini.
Maafkan saya,
Saya kalah dalam apa yang pernah kita perjuangkan dulu.
Maafkan saya,
Sebab tak mampu menjadi yang terbaik dalam hidup awak lagi 
Dan maafkan saya andai kata diri saya bukan lagi yang mampu membuat awak tersenyum.

Saya menyerah terlalu awal kerana saya tak sanggup melihat awak lukakan hati saya ,
Dalam saya rela menerima semua yang terjadi ini ,
sebahagian diri saya masih lagi mengharap awak kembali 
Kembali menjadi seperti dulu.

Jujur saya akui ,
Masa yang kita habiskan bersama bukanlah tempoh yang singkat ,
Dan bukan mudah untuk saya lupakan semuanya tentang diri awak .

Kuat manapun diri saya cuba melangkah dari awak ,
hati saya masih lagi berpaut pada awak ,
kerana saya yakin ,
dan saya percaya,
Cinta yang kita pupuk dari dulu hingga sekarang,
tak pernah berubah walaupun sedikit walaupun setiap pertelingkahan membawa kepada permasalahan yang lebih besar.

Kerana menjadi kemestian untuk saya menyebut dan mengingati awak di setiap nafas yang saya hembus,
Dan sudah menjadi kebiasaan untuk saya berada di dalam lindungan dan kasih sayang awak yang tak pernah berbelah bahagi .

Mana mungkin senyuman yang selalu membahagiakan itu hilang dari ingatan ?
Kerana mulanya pengikat hati ini kerana sudah berpaut pada senyummu .
Mana mungkin dirimu hilang dari hati ini,
Kerana memang dari mula hati ini tidak berpenghuni kau telah pun menjadi gantinya .

Pergilah andai itu yang boleh membuat kau bahagia,
pergilah jika apa yang pernah kau pertahankan dahulu tidak lagi bermakna dan sia sia.
Pergilah kerana aku tidak menghalang dan aku sentiasa doakan kau bahagia .

Aku sudah cuba melakukan sedaya aku untuk membuat kau tetap bertahan,
Untuk melihat kau masih berada di sini,
Tak pernah hilang rasa sabar melayan setiap karenahku.

Aku tak pernah menyesal ,
menerima kau dalam hidup aku ,
Percaya yang kau akan berada selamanya dalam hidup aku,
Percaya yang kau akan tetap setia menanti,
Percaya yang kau akan berada di setiap tangisan.

Dan, percayalah.
Aku masih lagi perempuan yang kau kenal stahun lebih yang lalu,
perempuan yang kau jatuh cinta dalam setiap yang dia tuturkan dan perkatakan,
walaubagaimanapun kau melihat aku dalam pandangan yang berbeza,
Sebahagian dari diriku masih miliki itu .

Selamat tinggal , moga kau jaga diri .
Semoga kau bahagia .




Manusia suka cakap dengan cermin

Assalamualaikum .

Sumpah tahap bapak lama dia aku tak update blog . Ada sekali , masa sebelum mid term . Haram jadah nak kuat update masa lecture week .

Jadi sekarang saya tengah cuti sem . Sebulan lebih dan sekarang tengah berehat daripada mengalami mental breakdown masa Final Exam . Kacau bilau masa tidur, masa makan bila tgh final exam . Diri langsung tak jaga . Doakan result saya this sem ! Maintain 3 pointer ke atas dan insyaAllah , selamanya target saya nak Dean's List . Baru dapat rasa kepuasan belajar .

Maka , musim crush takkan pernah pudar ditelan dek zaman . Dan selamanya trending . Dengar daripada cerita kawan kawan , daripada mulut kawan kawan . Gembiranya dorang bila crush pandang dorang , sedihnya dorang bila crush dorang dah ada girlfriend / boyfriend . Tapi yang paling sedih bila dengar cerita dorang semua , they don't do any effort to approach them . That was the saddest part !

Cakap memang senang , nak buat susah . Rejection is more hurt than telling him/her that you like and adore her/him ? Like seriously ? Hm , manusia ada masing-masing punya pendapat . Rambut sama hitam , saiz hati lain lain . K , awak semua . For me , benda yang paling sakit sekali dalam dunia ni bila kita tak cuba satu benda yang kita sendiri tak tahu apa takdirnya . Kenapa menduga kalau belum mencuba ? Ohh , anda semua dah tahu dah akhirnya ? Okay , jadi sebab tu anda ambil keputusan untuk tidak memberitahu ? Baiklah , saya hormat keputusan anda semua . Isu ni takkan pernah habis , sampai bila bila .

Seterusnya , ada orang suka judge orang lain tapi malangnya dia cakap dengan cermin rumah dia . Saya tak baik mana nak tegur orang, tapi saya cukup berhati hati bila nak judge orang. Say fikir dua kali bila nak keluarkan perkataan yang berkaitan dengan appearance orang tu , tapi saya sebenarnya cukup muak dengan perangai dia . Sebenarnya saya tak boleh ngam dengan orang yang tak sedar diri . SANGAT TAK BOLEH NGAM . Lagi satu jenis orang yang saya tak boleh ngam , MANUSIA YG DENGKI DENGAN MANUSIA LAIN.

Biasanya orang cantik selalu banyak orang judge . Lepastu mesti ada mulut mulut bersuara ,
" ALA , DIA BUKANNYA CANTIK SANGAT PUN .BIASA BIASA JE  "
Kata kata tu datang daripada mulut perempuan yg biasa - biasa sahaja rupanya .
Bukan nak letak level cantik tu tahap mana , tu semua ciptaan Allah . Kita pun tak boleh nak burukkan ciptaan Allah , mungkin ada sesetengah orang buat jadi gurauan tapi sesetengah orang sensitif maka pelihara mulut sendiri .

Tapi , malangnya dah cantik cuma tak ikut benda yang dah diaturkan . Nampak , saya judge orang ? Semua orang tak terlepas punya isu judge-judge orang ni . Sebab manusia hidup bukan nak puaskan hati semua orang . Saya judge orang , saya judge kawan kawan saya , tapi saya masih berkawan dengan dorang , masih lagi menjaga tutur dan kata , sebab kenapa ? Sebab saya fake ? BUKAN , sebab saya tahu dan sedar manusia buat silap dan manusia tak pernah sempurna .

Isu tudung dan free hair lagi tak pernah sejuk , selalu panas di timeline twitter .
Isu ni sangat sensitif wahai adik adik , janganlah membezakan wanita yg bertudung dan tidak .
Saya sendiri takut nak menyentuh isu ni , dan tidak akan pernah menyentuh sebab ilmu agama saya sendiri bocor celah sana dan sini .
*Tapi saya dah sentuh sebab saya tak tahan tengok drama di twitter

" Aku free hair at least aku berbudi bahasa tapi kau tak . Pakai je tudung "
Saya bertudung tapi kadang kadang saya juga mengeluarkan perkataan yg tak elok .
Saya bertudung tidak selabuh mana , kadang kadang tidak juga menutup dada .
Saya bertudung , tapi masih lagi buat benda yg haram *bertempuktampar dgn bf dan ajnabi
Maaf untuk sesiapa yg terasa , yang bertudung pun colour kuku sana sini macam rainbow , colour rambut sana sini macam warna tudung 3 layer tu . Siapa saya nak judge anda yg free hair ?

" At least aku pakai tudung , dari kau yang tayang rambut kau tu "
Jangan salahkan tudung kami , tudung kami tiada dosa . Malah tudung kami masih lagi bermanfaat menambah lubang lubang yang tidak cukup sempurna ditutup.
Susah saya nak cakap benda ni sebab agama saya cetek . Bagi saya seorang wanita yg betul betul baik budi bahasanya ,

Wanita free hair tapi tutup seluruh badannya . Masih wujud wanita seperti ini .
Wanita bertudung yang mengikut bagaimana syaraknya . Alhamdulilah , semoga terus berhijrah !

Saya bukan nak ajar macam mana cara bertudung ikut syarak , saya sendiri pun tidak .
Saya cuma bermaksud anda bertudung , jadi tunjuk lah anda wanita bertudung . Kotor di dalam , biar kita dan Allah yang tahu . Tunjuk yang elok elok di luar , semoga tiada siapa memfitnah kita . Untuk diri saya juga . Apa yg saya cakap ni semua , kena dekat batang hidung saya juga .
Kalau ada yg terasa , mohon maaf awal awal . Sekadar luahan mata saya , juga minda kerana ini untuk ingatan saya juga .

Semoga buka minda , kerana saya tidak sempurna mana .


MANUSIA.SUKA.DRAMA

Assalamualaikum .

Sebenarnya saya dah agak . Saya akan mengambil masa yang sangat lama untuk mengupdate post baru . Alhamdulilah , semester kali ni semua berjalan lancar cuma minggu ni hectic sikit sebab next weet ada mid term for 3 subject . Please , imagine uban tumbuh kat kepala saya sekarang sebab pening nak ingat semua benda . *cut the crap

This sem saya belajar control pembaziran duit yang keluar . Semua berjalan lancar pada mulanya , tetapi resultnya gagal . Saya memerlukan bengkel motivasi " JANGAN KELUAR DUIT " . 

Alhamdulilah , proposal for research semua dah hantar . Tinggal nak submit full research at the end of sem . Week 13 . 

Tapi , that day saya gagal kawal emosi saya . Saya menangis sebab sekarang saya sedar separuh daripada manusia ataupun boleh dikatakan semua memang ada sikap pentingkan diri sendiri . Bila nak , baik baik . Bila tak nak , pandang pun tak hingin . Awak awak semua . Saya pun bukan baik sangat nak ikut je semua rentak awak . Saya pun ada hati , jadi jangan salahkan saya bila kebaikan yg saya bagi awak , tapi lepas ni awak dah tak ada peluang untuk ambil kesempatan dari kebaikan saya tu .

Sekarang saya belajar nak faham manusia . Sekarang saya jumpa macam macam jenis manusia . Sem 1 pun pernah jumpa , tapi this sem saya jumpa lebih ekstrem . Saya tak boleh bayangkan bagaimana seorang yg berpendidikan tinggi dan berpelajaran tetapi lebih suka menyorok kebenaran supaya keadaan akan jadi lebih terkawal . Awak yg rasa awak seorang yg sangat profesional tu , awak tahu tak masalah akan sentiasa ada di mana mana ? Awak rasa awak dah cukup pandai mengawal keadaan tu dengan menutup kebenaran ? Cuba awak renung balik Diploma , Degree, Master or PhD awak tu . Dengan semua yg ilmu awak ada , awak rasa sembunyikan kebenaran je alternatif paling senang untuk difikirkan apabila menyelesaikan masalah ?

Awak berpendidikan , tapi awak tahu tak prinsip JANJI ? Bila awak dah janji dekat org bawah awak jumpa pukul 1.30 pm , silalah datang ikut masa yg awak janjikan . Awak lewat sebab ade meeting ? Jadi kenapa nak berjanji awal kalau awak dah tahu awak memang ada urusan ? Awak patut malu dengan diri awak sendiri . Awak berpendidikan tinggi tapi awak selalu omong kosong . Awak suka cakap benda tak serupa bikin . Awak mulut manis , tapi malangnya mulut cuma sekadar mulut .

Saya rasa saya dah penat dengan semua drama . Saya nak hidup dan berbakti untuk diri sendiri dan org yg perlukan saya . 

P/s : Saya suka class madam ash :)



" Berpuasa jika belum mampu "
Wednesday, November 28, 2012 @ 11:55 AM |

Assalamualaikum .

Maka , semasa entri ni saya sedang menghitung hari untuk balik ke Lendu . 
Saya sangat rindukan Lendu *Tangandibahu , mata ke atas*
Ehh , mestilah saya rindukan Lendufornia . Saya rindu pasar malam , jalan jauh menapak ke kelas , float kat Bentara and all my friends . Rindu duhh nak masuk kelas , kemudian gelak gelak then habis kelas . Itu je yg aku belajar . HAHA

Baru berapa hari lepas , ibu Emir ajak breakfast sama - sama . Jadi , ibu and Emir datang rumah and jemput saya . And , semalamnya sebelum breakfast , Emir datang rumah saya , borak borak dengan ayah and mama . Terima Kasih Emir untuk semua memori . Even , kita selalu bercakar , bergaduh , awak tetap istimewa dalam lubuk hati ni . Cewahh . Biarlah semua org cakap kita ni gaduh baik gaduh baik gaduh then baik balik sampai kita sendiri dah muak kan ? Tapi , kasih tu tetap tak berkurang . Tak boleh letak love you till jannah kat sini . Nanti org bash sebab cinta antara kaum bukan sejenis sebelum nikah ni kan duniawi . Kan kan ?

Emir selalu cakap ,

" Saya nak jadikan awak isteri saya . Saya dah berniat nak nikahi awak "
 Jadi saya pun cakap ,

" Jum kahwin "

Jauh di sudut hati sana ,

" Tapi saya takde duit . Sy belum kerja . Sy nak bagi awak makan apa nanti ? Nak bagi duit shopping pun tak lepas "

Maka ringkas sahaja jawapan saya ,

" Jadi , berpuasalah awak kalau belum mampu untuk bernikah dengan saya "

Saya sedang mengkaji satu buku yang saya baru beli minggu lepas . Tajuk buku tu

" Kahwin Sekarang? Siapa Takut "

Jadi risikonya membaca buku ini adalah ingin segera untuk berkahwin . Saya akan update entri mengenai buku ini selepas saya habis membacanya okay ? Haha . Sebenarnya , bila baca buku ni . Sy terus nak ceramah si Emir dan mood ala ala ustazah mula masuk diri ni :) cewahh .

Semoga ketemu lagi di entri yang akan datang .

Goodbye you ollssss !









Ini baru namanya kawan !
Friday, November 16, 2012 @ 1:50 AM |

Assalamualaikum .

Bila tengah duduk sorang - sorang melayan diri macam ni , banyak benda yg menerjah ke kepala . Macam-macam benda . Dan bila difikirkan balik , pengalaman tu sama banyak macam angka usia makin bertambah dan kedut kat muka mula nampak . Dan rasanya baru semalam , aku habis SPM . Rasanya baru semalam , gelak ketawa dgn kawan - kawan dalam dorm . Dan rasanya baru semalam , ponteng kelas lalu menyerong ke tandas . Dan rasanya baru semalam , kenal kawan - kawan seperjuangan menuju dewasa . Dan rasanya baru semalam , menangis sebab rasa diri ni banyak sangat di uji serupa pahlawan kat medan perang nun sana . Tiada yang benar melainkan yang benar - benar belaka .

Usia bertambah . Pengalaman makin banyak . Tempat orang makin rancak aku pelajari budayanya.
Lain tempat , lain pengalaman maka lain kawan yang aku dapat . Lalu , tiap kawan yg dapat kasi satu memori yg beda betul rasa indahnya . Dia punya memori , memang semuanya tak pernah boleh padam .

Bagi aku , cara aku berkawan dengan tiap orang yang aku jumpa lain caranya . Yang begini , cara dia lain . Yang begitu ,cara dia lain . Ada cara aku bentuk kawan baik aku dengan aku luahkan segala rasa isi hati dengan dia . Ada cara aku bentuk kawan baik aku dengan menangis bila aku rasa aku dah tiada siapa . Ada cara aku bentuk kawan baik aku , dengan memanggil dia bitch and slut . Begitupun salah satu cara . Ada cara aku bentuk kawan baik aku , dengan berlaku baik dengannya , tak berkira dalam semua benda . Dan bagi aku , kalau nak bentuk kawan baik yang selamanya ada dengan kita tak kira masa , kita kena give and take dalam semua hal .

Tapi aku bukan baik sangat sampai nak dapat kawan baik yang betul - betul baik . Senaraikan kawan korang yang mana je yang tak pernah cakap belakang ? Benda tu benda normal . Lumrah kehidupan . Kalau nak cakap pasl tikam belakang , kawan makan kawan . Tu semua memang trend berkawan . Cuma kita kena sedar , berapa jauh kita mampu telan semua benda . Bagi aku , aku kawan dengan semua orang . Walau jahat mana aku buat kawan aku , aku sindir perli setepek dorang kena lalu jatuh , mesti ada sezarah kebaikan dan kasih sayang yg aku pernah bagi . Sebab dorang , kawan aku .

A friend is one of the best things you can be and the greatest things you can have.







# 2007 - 2012 . I love you guys . Like forever . Hands down . ( Secondary School )
A Friend Like You. A friend like you is like no other friend. A friend like you is a friend I don't regret meeting. A friend like you is like a friend I cant scream at or fight with. A friend like you is like having no worries in my life. A friend like you is a friend that I don't want to lose. A friend like you is like being in comfort all day. A friend like you is a friend I always wanted.


Jamuan Raya
Cempaka 2 . satu dorm utk 2 tahun . Sy acah acah adik mereka sbb dorang  register hostel  sebelum sy . Senior Alert . Senior Alert .



Peng . Kejuruteraan Mekanikal Batch 2010/2011


My bro . My Sista . Serious talk .


Celebrate birthday faizal :)
Zaman muda muda dulu mmg selekeh habis +GT7


 A friend like you is awesomely, awesome. A friend like you is random and funny. A friend like you is a friend that I love to death and i will never let go. A friend like you is a friend I can tell all my secrets to. A friend like you... A friend like you is like the little sister I've always wanted. A friend that I can go to to tell them whats wrong.

 MMC / E Dip in Komunikasi dan Peng . Media


Merdeka Hati Malaya . Event with Part5 :)







 A friend like you is like having no dark days because you brighten them up. A friend like you is a friend that opens up my eyes and helps me avoid bad things. A friend like you is a type of friend that laughs at dumb things I say or do. A friend like you is a friend I am proud to call my best friend.

Saya sedih . Saya rindu mereka . Saya rindu tiap kenangan yang saya ada dgn mereka .
They're too meaningful for me . And , I really hope our friendship will last forever . Like forever .
I miss you guys , big time . Hands down ~

*SuratKecilUntukSahabat





copyrightblogskinbySchaaalHassan

Owner entry LastStory




Maizura Zainal

Journalist-To-Be

Good girl , pray to Allah


You may leave each comment for my entry , here !

Shoutbox


My LINK <3

Follow myBLOG
Follow me atTwitter
Add me at Facebook







copyrightblogskinbySchaaalHassan